Wednesday, 5 December 2012

BEKERJA DUA MAJIKAN DALAM SATU HARI.


Ketika selesai bersarapan disalah sebuah kedai makan yang telah agak lama tak kukunjungi kerana faktor masa dan keadaan, tiba-tiba aku terasa ingin tahu dari mana asalnya pembantu kedai makan yang melayaniku dan isteri bersarapan tadi.

Rupanya orangnya agak ramah. Dari Minang, Sumatera Barat, Indonesia katanya. Paya Kumboh kampungnya. Anak sulung dari beberapa orang adik beradik. Telah berumah tangga untuk kali kedua dengan orang Pasir Gudang, Johor. Suami pertamanya orang Indonesia.

Apa yang menarik tentang sosok ini ialah kegigihannya dalam memakmurkan hidupnya dan keluarga. Beliau mengakui menghantar tidak kurang RM2000 setiap bulan bagi perbelanjaan ibu bapa dan adik-adiknya yang kini telah berpindah ke Lhokseumawe sebuah kota di provinsi Aceh, Indonesia. Kota ini berada persis di tengah-tengah jalur timur Sumatera. 



Beliau juga mengakui perlu bekerja keras untuk meraih pendapatan RM40 dengan bekerja siang hari sebagai pembancuh air minuman di kedai makan ini. Manakala disebelah malam pula beliau memperoleh RM50 lagi dengan menjadi tukang masak di Restoran Habib, Sri Alam, Johor Bahru. RM90 siang dan malamnya...

Banyak yang para belia dan remaja kita boleh fikirkan dari sikap dan kesungguhan beliau memajukan ekonomi diri dan keluarganya.

Alangkah gigihnya beliau.




1 comment:

  1. Well..... No money no life....although money isn't erything but when buying something, we just couldn't simlpy say...nanti...esok saya bayar ek! :/..... Sahabat2 Rasulullaah....kerana berharta...mereka membuat pahala / pelaburan akhirat.....orang merebut peluang.....kita? Semoga tidak terbuang di tanah sendiri..... :"

    ReplyDelete