Monday, 4 February 2013

Jenayah cinta Internet RM33 Juta


Cinta Internet ‘mahal’ RM33j

Kuala Lumpur: Jenayah cinta Internet membabitkan wanita tempatan di negara ini masih berada pada tahap serius apabila seramai 814 individu menjadi mangsa tahun lalu dengan kerugian lebih RM33.6 juta.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu hanya menunjukkan pengurangan 62 kes berbanding 2011 yang mencatatkan 876 kes dengan kerugian sebanyak RM34.1 juta. 
Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman Superintendan Victor Sanjos berkata, jenayah cinta siber yang turut dikenali sebagai penipuan Parcel dianggap serius kerana membabitkan kerugian individu. 

“Semua mangsa yang menjadi mangsa penipuan ini sanggup melabur puluhan ribu wang simpanan mereka. Malah, ada yang sanggup menggadai harta benda bagi memenuhi permintaan suspek.
“Lebih berbahaya apabila mangsa sanggup menyerahkan gambar bogel mereka sekali gus membuka ruang kepada suspek membuat ugutan yang dikategorikan sebagai jenayah,” katanya.

No comments:

Post a Comment