Followers

Friday, 1 February 2013

BUAYA TERDAMPAR


Bangkai buaya gemparkan Sri Aman





BEBERAPA orang penduduk tidak melepaskan peluang bergambar dengan bangkai buaya yang ditemui berhampiran Kampung Hilir, Sri Aman semalam.


SRI AMAN – Bangkai seekor buaya katak sepanjang hampir lima meter ditemui terdampar di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Kampung Hilir di sini semalam. Buaya itu dipercayai mati kira-kira sehari lalu sebelum dihanyutkan arus dan kemudian ditemui oleh penduduk kira-kira pukul 11 pagi.
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rabinie, 40-an, berkata, dia ternampak objek seperti sebatang kayu besar di tebing sungai, namun terkejut apabila mendapati ia bangkai seekor buaya. “Saya menghampiri reptilia itu secara perlahan-lahan kerana bimbang ia mengganas tetapi lega kerana haiwan itu sudah tidak bernyawa,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, berita penemuan buaya tersebut menarik perhatian penduduk kampung yang datang untuk melihat dan bergambar dengan bangkai haiwan itu. “Punca kematian buaya itu masih tidak diketahui kerana tiada kesan kecederaan pada badannya. “Penduduk membiarkan bangkainya begitu sahaja dan berharap ia akan dihanyutkan ke kawasan lain,” ujarnya. Ia adalah bangkai buaya yang kedua ditemui mati di kawasan itu. Pada 30 Julai 2010, bangkai buaya sepanjang empat meter ditemui terapung di bawah jeti Dermaga Perdagangan Sungai Batang Lupar di sini.