Sunday 16 December 2012

Warga kampus bimbang pelajaran terabai


Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan membenarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kurang dipersetujui mahasiswa yang berpendapat ia boleh mengganggu pembelajaran mereka.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Nor Mohd Afif Osman, berkata secara keseluruhannya penuntut IPT di negara ini masih belum bersedia untuk bergerak secara aktif dalam politik. 
Beliau berkata, siswa perlu mengambil masa untuk mempelajari politik kepartian dengan sebaik mungkin dan secara matang sebelum terjun dalam bidang berkenaan yang menuntut banyak pengorbanan. 
Belum tiba masa kerajaan benar siswa bertanding pilihan raya," Nor Mohd Afif Osman, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM

“Bagi saya belum tiba masanya untuk kerajaan membenarkan siswa bertanding dalam pilihan raya.

“Mereka perlu fokus kepada pelajaran dan mempelajari dunia luar termasuk politik sebelum menjadi pemimpin kepada rakyat.

“Kalau masih belajar dan dalam masa sama ingin memimpin rakyat, bagi saya mahasiswa tidak mempunyai kemampuan. 

“Dibimbangi, jika sibuk berpolitik nanti, pelajaran pula yang akan terabai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Dedah dengan dasar negara

Bagi Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sharifah Yong Nadia Omar Salleh berpendapat adalah lebih baik golongan itu didedahkan mengenai dasar negara terlebih dulu sebelum menceburi politik kepartian.

“Walaupun generasi muda dikatakan mempunyai pelbagai idea baru, namun bagi saya siswa masih belum bersedia untuk menjadi orang politik sepenuh masa. 
“Saya kira kerajaan terlalu agresif dan cadangan ini boleh dilaksanakan apabila mahasiswa kita mencapai tahap kematangan sebenar,” katanya.

Bagaimanapun bagi Nur Syuhada Mohd Tarmizi yang juga Penolong Setiausaha III MPP Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, siswa perlu berfikir secara matang sebelum membuat keputusan untuk menjadi calon PRU.

No comments:

Post a Comment