Tuesday 11 December 2012

Treler masuk rumah


MASUK RUMAH...Mohd Yusabry memeriksa treler yang merempuh rumah ibunya.
MASUK RUMAH...Mohd Yusabry memeriksa treler yang merempuh rumah ibunya.
KUANTAN: Brek tangan sudah ditarik manakala tayar hadapan disendal dengan batu-bata menyebabkan seorang pemilik treler, Mohd Yusabry Mohd Yusof, 39, bingung bagaimana treler 13 tan miliknya itu boleh bergerak merempuh rumah ibunya hingga menyebabkan bahagian depan rumah itu rosak teruk.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Yusabry sepatutnya menghantar peralatan solar yang sudah dimuatkan ke dalam treler itu ke Kuala Lumpur dan singgah di rumah ibunya di Felda Panching Timur, di sini, untuk menukar pakaian sebelum memulakan perjalanan.

“Selepas menghidupkan enjin treler bagi memanaskannya saya masuk ke bilik untuk menukar baju. Sebelum itu, saya sudah pastikan brek tangan ditarik manakala tayar disendal dengan bata.

“Tiba-tiba terdengar dentuman amat kuat dan sebaik keluar dari bilik, saya dapati kepala treler sudah berada dalam rumah. Saya hanya sempat melaungkan Allahuakbar sebelum kepala treler itu berhenti di ruang tamu.

“Saya benar-benar hairan dan terkejut dengan kejadian ini kerana kalau tidak diusik sesiapa, mana mungkin treler itu bergerak sendiri,” katanya

Credit: Shahrul Nizam Mohamad

No comments:

Post a Comment