Google+ Followers

Thursday, 6 December 2012

TENTERA ISRAEL ROBOH MASJID



Pendatang Yahudi turut mencabut pokok zaitun yang sebelum ini menjadi sumber rezeki masyarakat Pales
Pendatang Yahudi turut mencabut pokok zaitun yang sebelum ini menjadi sumber rezeki masyarakat Palestin.
BAITULMAQDIS - Kebiadaban Israel terhadap penduduk Palestin masih berterusan menyaksikan tentera rejim merobohkan Masjid Al-Mefqara di perkampungan Yatta, Hebron, kelmarin.

Penyelaras jawatankuasa menentang perkampungan haram Yatta, Rateb Al-Jbour berkata, sepasukan tentera Israel dilihat mengelilingi masjid sebelum merobohkannya dengan jentolak.

Sementara itu, sekumpulan pendatang Yahudi bersama tentera rejim, tanpa rasa hormat mencabut lebih 200 pokok zaitun di Al-Jab'a, barat Bethlehem, dengan alasan ia kawasan pertikaian. - PNN