Friday 14 December 2012

Suspek kes bunuh 20 kanak-kanak mungkin alami gangguan personaliti

WASHINGTON: Remaja yang disyaki membunuh 20 kanak-kanak di sebuah sekolah di Connecticut, Amerika Syarikat adalah pelajar ijazah kepujian yang tinggal di kawasan kejiranan bersama ibunya yang juga seorang guru. 

Menurut pegawai penyiasat, Adam Lanza membunuh ibunya di rumah mereka sebelum memandu kereta untuk ke Sekolah Asas Sandy Hook dengan bersenjatakan dua pistol, dan membunuh kanak-kanak di sekolah berkenaan sebelum membunuh dirinya sendiri.


Katanya, senjata ketiga, senapang 223-kaliber ditemui di dalam kereta suspek. 

Remaja berumur 20 tahun itu mungkin mengalami gangguan personaliti, kata pegawai penguatkuasa undang-undang. - AP

No comments:

Post a Comment