Saturday 1 December 2012

Palestin di PBB - kemenangan atau penipuan? Satu Tinjauan.



Palestin di PBB - kemenangan atau penipuan ?

Palestin kini diiktiraf negara pemerhati bukan anggota PBB

NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.

Hanya 9 daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali.

Ketua Biro Politik Hamas berkata “I told Abou Mazen (Mahmud Abbas) we want this move to be part of a national Palestinian strategy” that includes “the (armed) resistance which excelled in Gaza and gave an example of the ability of the Palestinian people to resist and steadfastly confront the occupier”.

Komen saya :

1-Kemenangan yang lebih besar adalah peristiwa Gaza 14-21hb November 2012 baru-baru ini apabila Israel terpaksa tunduk meminta gencatan senjata setelah gagal untuk memamah Gaza dan penduduknya serta menerima hakikat bahawa Briged al Qassam telah berjaya mengugat kehandalan ketenteraan Israel.

2-Pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB adalah juga satu kemenangan kerana suara Palestin sampai ke PBB dan sokongan terbuka dunia antarabangsa ke atas Palestin semakin meningkat. Namun ini hanyalah satu kemenangan yang kecil kerana pengiktirafan ini hanyalah kepada 22 % daripada keseluruhan tanah Palestin dan Palestin belum lagi diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat. 

(Ini adalah satu langkah permulaan sebelum Palestin diiktiraf secara keseluruhannya dan Israel dinyahkan daripada peta dunia, yang pastinya ditentang oleh USA dan sekutunya).

Hamas menghormati pengiktirafan ini tetapi tidak meletakkan harapan yang tinggi kepadanya berdasarkan fakta sejarah selama ini.

3-Harus kita insafi sejarah dunia bahawa Palestin telah dijajah secara terancang oleh British, kuasa besar dunia pada ketika itu yang ditunggangi Zionis Antarabangsa sebelum pengistiharan negara haram Israel pada 15hb Mei 1948. Israel, USA dan kuasa besar dunia tidak akan sekali-kali menyerahkan Palestin kepada rakyatnya dengan mudah melalui jalan perjanjian damai semata-mata.

4-Pembinaan 3,000 perumahan baru untuk pendatang haram Zionis ke Baitul Maqdis Timur selepas beberapa jam pengiktirafan PBB kepada Palestin sebagai negara pemerhati adalah di antara ratusan atau ribuan bukti bahawa Israel tidak akan menuruti sebarang perjanjian damai.

Sila baca :

http://gulftoday.ae/portal/763a773e-de5b-47ba-a2de-60a00d5c51a5.aspx

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Israelbalasdendam/Article/
Palestin di PBB - kemenangan atau penipuan?

Palestin kini diiktiraf negara pemerhati bukan anggota PBB

NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa
-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.

Hanya 9 daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali.

Ketua Biro Politik Hamas berkata “I told Abou Mazen (Mahmud Abbas) we want this move to be part of a national Palestinian strategy” that includes “the (armed) resistance which excelled in Gaza and gave an example of the ability of the Palestinian people to resist and steadfastly confront the occupier”.

Komen saya :

1-Kemenangan yang lebih besar adalah peristiwa Gaza 14-21hb November 2012 baru-baru ini apabila Israel terpaksa tunduk meminta gencatan senjata setelah gagal untuk memamah Gaza dan penduduknya serta menerima hakikat bahawa Briged al Qassam telah berjaya mengugat kehandalan ketenteraan Israel.

2-Pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB adalah juga satu kemenangan kerana suara Palestin sampai ke PBB dan sokongan terbuka dunia antarabangsa ke atas Palestin semakin meningkat. Namun ini hanyalah satu kemenangan yang kecil kerana pengiktirafan ini hanyalah kepada 22 % daripada keseluruhan tanah Palestin dan Palestin belum lagi diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat.

(Ini adalah satu langkah permulaan sebelum Palestin diiktiraf secara keseluruhannya dan Israel dinyahkan daripada peta dunia, yang pastinya ditentang oleh USA dan sekutunya).

Hamas menghormati pengiktirafan ini tetapi tidak meletakkan harapan yang tinggi kepadanya berdasarkan fakta sejarah selama ini.

3-Harus kita insafi sejarah dunia bahawa Palestin telah dijajah secara terancang oleh British, kuasa besar dunia pada ketika itu yang ditunggangi Zionis Antarabangsa sebelum pengistiharan negara haram Israel pada 15hb Mei 1948. Israel, USA dan kuasa besar dunia tidak akan sekali-kali menyerahkan Palestin kepada rakyatnya dengan mudah melalui jalan perjanjian damai semata-mata.

4-Pembinaan 3,000 perumahan baru untuk pendatang haram Zionis ke Baitul Maqdis Timur selepas beberapa jam pengiktirafan PBB kepada Palestin sebagai negara pemerhati adalah di antara ratusan atau ribuan bukti bahawa Israel tidak akan menuruti sebarang perjanjian damai.

No comments:

Post a Comment