Google+ Followers

Sunday, 2 December 2012

MELAWAT UNIVERSITI


Lawat universiti tingkat motivasi


PROGRAM lawatan murid sekolah ke universiti berupaya memberi kesan positif kepada pembangunan diri dan minda mereka.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Dr Mohd Rizal Salleh berkata, memberi pendedahan kepada murid tentang institusi pengajian tinggi akan menjadikan diri mereka lebih matang dan fokus terhadap pelajaran.

‘‘Lawatan ke universiti juga boleh memberi pendedahan mengenai fakulti tertentu dan bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi selepas tamat pengajian," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebanyak 81 murid sekolah rendah sekitar Melaka melawat UTeM untuk program lawatan, pameran inovasi dan kem motivasi.

Menurut Mohd. Rizal, program komuniti itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial UTeM di samping membantu meningkatkan motivasi murid sekolah untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.


Credit: Utusan