Friday 7 December 2012

JAUHI SIFAT MALAS

Seronokkah menjadi orang yang pemalas?

Orang yang malas tidak punya cita-cita besar. Orang malas sering melihat masalah dan tidak melihat peluang. 


Orang yang malas seringkali susah melakukan banyak perkara. 

Bahkan orang yang malas juga sering sahaja meremehkan dan menangguhkan banyak perkara.

Tanya diri sejauh mana kita dihinggapi rasa malas? 
Rasa malas akan menguasai diri bila...
Lebih banyak tidur dari berbuat sesuatu perkara manfaat
Mengingatkan hiburan dari beribadat
Suka menghabiskan waktu secara sia-sia dari bekerja
Memenuhi kehendak nafsu makan dari menahan diri dan belapar seketika
Seronok menonoton TV dari membaca Al-Quran
Berat dan lenguh segala fizikal kerana tiada kekuatan mental unutk bangkit
Tidak mahu bercita-cita tinggi serta tiada azam yang jelas
Mudah meminta tolong dari melaksanakan usaha sendiri
Banyak menyalahkan orang lain dari diri sendiri
Tidak bahagia dan banyak berkeluh kesah

Jika anda rasa malas.. ingatkan pada diri anda sedang mengulit syaitan yang ada dalam diri. kuatkan minda dan perasaan, malas itu perlu dilawan dengan cara mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan bercita-cita murni. 

Malas boleh diatasi jika diri ada kemahuan, serta ada hasrat yang ingin dilaksanakan. Maka bila terdetik rasa malas, ingatlah kerugian yang bakal menanti. Berusahalah hari ini untuk menikmati hari esok yang lebih baik.


credit: sakinahsalleh

No comments:

Post a Comment