Monday, 3 December 2012

Bapa rayu MPM segera semak keputusan UPSR 2012


ALOR SETAR — Seorang bapa dari Taman Cahaya, Jitra merayu kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) agar menyegerakan semakan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya sebelum 10 Disember ini agar berpeluang melanjutkan ke sekolah berasrama penuh tahun hadapan.
Ulon Azmi Harun, 62, berkata, jika keputusan semakan UPSR itu lambat dikeluarkan menyebabkan peluang anaknya Annamirah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Ahmad Tajuddin, Jitra tidak berpeluang memasuki sekolah asrama penuh.
Katanya, keputusan percubaan UPSR anak tunggalnya itu cemerlang iaitu 5A dan apabila keputusan sebenar hanya mendapat 4A 1B.
Dia kemudiannya dinasihatkan oleh guru-guru supaya menghantar permohonan kepada MPM untuk melakukan semakan segera jika terdapat kesilapan mengenai keputusan tersebut.
Ulon Azmi telah menghantar surat permohonan semakan keputusan peperiksaan tersebut kepada MPM pada 20 November lepas.
"Kalau MPM lambat hantar keputusan susahlah. Tak ada guna buat rayuan jika keputusan tersebut lambat diketahui sebab permohonan untuk masuk ke sekolah asrama penuh akan tamat 10 Disember ini," katanya di sini hari ini.
Credit: Kosmo/BERNAMA

2 comments:

  1. Jika memang betul keputusan anaknya 4A 1 B....camne..? Hampa kan? Anyway....this isn't new issue....once it happened to a parent in our school...I encouraged the parent to proceed an inquiry. I dared to ask the student if he had anything to say when the parent w asn't around....unfortunately my student agreed with the result...'I know what I did....

    ReplyDelete
  2. Students don't have to be in SBP to be successful. If they are good, they will be good at any school they are.

    ReplyDelete