Google+ Followers

Tuesday, 5 February 2013

TIBA-TIBA MEMANDU KAT LONGKANG


Tak sedar kereta masuk longkang


Taiping: Seorang nenek berusia 74 tahun terpinga-pinga sambil bertanya kepada orang ramai bagaimana kereta dipandunya boleh terperosok ke dalam longkang besar di Jalan Air Kuning di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sariah, 74, dipercayai gagal mengawal Perodua Kancil dipandunya menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang.
Mangsa berasal dari Kamunting di sini, mendakwa sedang memandu menuju ke Air Kuning apabila kenderaannya hilang kawalan.
“Saya tidak sedar bagaimanapun boleh berada dalam longkang. Saya cuma perasan kereta tiba-tiba senget dan tidak boleh bergerak,” katanya.
Menurutnya, dia yang kemudian menyedari terbabit dalam kemalangan merangkak keluar dari kereta sebelum dibantu orang ramai tanpa kecederaan.
Sementara itu seorang saksi, Omar Ahmad, 47, berkata, laluan berkenaan dianggap berbahaya berikutan sering berlaku kemalangan membabitkan pengguna motosikal dan kereta.
Foto
KEADAAN Perodua Kancil yang terperosok masuk ke dalam longkang, tengah hari semalam.
Menurutnya, longkang besar yang terbuka dan tiada penutup itu seolah-olah mengundang kemalangan dan meminta pihak berwajib menutup longkang berkenaan sebelum lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa