Monday 4 February 2013

Sah rangka Richard III


Leicester: Saintis berkata, mereka menemui sisa rangka pemerintah England Raja Richard III yang berusia 500 tahun di bawah ruang parkir kereta di bandar ini.
Penyelidik Universiti Leicester berkata, ia “melewati keraguan munasabah” bahawa rangka manusia yang digali tahun lalu itu ialah raja berkenaan yang mati ketika pertempuran di medan Bosworth pada 1485. 
Ahli Osteologi Jo Appleby semalam berkata, kajian terhadap tulang terbabit menunjukkan ia adalah “kes pengenalpastian identiti Richard III yang meyakinkan”.
Dan DNA daripada rangka itu juga berpadanan dengan sampel yang dibawa daripada saudara jauhnya yang masih hidup.
Anggota monarki Inggeris yang mati dalam peperangan, Richard digambarkan dalam pementasan oleh William Shakespeare sebagai si perampas bongkok yang meninggalkan jejak mayat termasuk anak saudaranya yang dibunuh di Menara London dalam usahanya untuk meraih kuasa pemerintahan.
Ramai ahli sejarah berkata, imej kejam itu tidak adil.




WAJAH BEKAS RAJA BRITAIN...Penggerak projek ‘Looking for Richard III’, Philippa Langley, meneliti ukiran wajah bekas raja Britain, King Richard III yang dipamerkan kepada media di Persatuan Antikuiti, London, semalam. Sekalipun bekas raja, mayatnya tidak diketahui di mana selama beberapa abad. Isnin lalu, saintis mengumumkan berjaya mengenal pasti mayat Richard III. Peminat monarki Britain berharap supaya reputasinya dibersihkan. - Foto AP




No comments:

Post a Comment