'Saya tidak sabar ke sekolah'
KUANTAN - “Saya bersyukur kerana selamat menjalani pembedahan dan yang lebih penting, saya tidak sabar untuk ke sekolah semula” kata Widdad Shairi, 17, yang sebelum ini menderita ketumbuhan ovari serta berdepan kemungkinan terpaksa berhenti sekolah kerana gagal hadir sejak sesi persekolahan bermula awal Januari lalu.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan itu berkata, penderitaan dan masalah yang dihadapinya menarik perhatian banyak pihak terutamanya pentadbiran sekolah yang mengambil berat masalah yang dihadapi.
"Saya bersyukur kerana masih berpeluang menyambung pelajaran tambahan pula pihak sekolah memaklumkan saya boleh memilih sama ada untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini atau menangguhkannya pada tahun hadapan.
“Namun saya tetap mahu menduduki peperiksaan itu pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Balok Pine, pada program ziarah Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss).
Hadir sama, Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh serta Ketua Balai Polis Beserah, Inspektor Wan Rohamidun Wan Ishak.
Widdad berkata, kunjungan pihak sekolah itu melegakan hatinya kerana sebelum ini dia bimbang kalau-kalau terpaksa menangguhkan persekolahan pada tahun depan seperti yang disarankan seorang guru sebelum ini.
“Saya berusaha gigih mengulang kaji pelajaran tertinggal dengan bantuan rakan yang selalu datang ke rumah terutamanya pada hujung minggu,” katanya.
Pada 28 Januari lalu, Widdad terpaksa menjalani pembedahan lebih tiga jam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk membuang ketumbuhan pada bahagian ovari yang dikatakan hampir sebesar bola ragbi sebelum dibenarkan pulang.
Katanya, dia perlu jalani rawatan susulan di HTAA pada 26 Mac depan namun dijangka boleh memulakan persekolahan pada 5 Mac depan.
Sementara itu, ibunya, Rohani Osman, 44, berkata, dia lega selepas anaknya selamat menjalani pembedahan dan akan meneruskan pelajaran.

Credit:ERMA YUSNIDA JUSOH
No comments:
Post a Comment