Kurang kasih sayang punca perpecahan
Anas berkata: “Seorang anak Yahudi yang berkhidmat dengan Nabi SAW jatuh sakit, maka baginda SAW melawatnya. Baginda duduk di sisi kepala serta berkata kepada anak itu: “Terimalah Islam (iaitu masuklah kamu ke dalam agama Islam).”
Anak itu melihat kepada bapanya yang berada di sisinya, lalu bapanya itu berkata kepadanya: “Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini.” (Mendengar bapanya berkata demikian) dia terus menerima agama Islam (dengan mengucapkan dua kalimah syahadah). Selepas itu Nabi SAW keluar dari tempat itu lantas bersyukur kepada Allah dengan ucapan: ‘Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan daripada api neraka.’” (Riwayat Bukhari)
Ulama membahagikan golongan kafir ini kepada empat golongan iaitu kafir harbi, kafir zimmi, kafir muahad dan kafir musta’min. Sama ada golongan kafir ini terdiri dalam kalangan saudara mara, jiran atau mereka yang berminat dengan Islam, kita amat digalakkan menziarahi mereka semasa hidupnya lebih-lebih lagi ketika ia sedang sakit.
Lambang syiar Islam
Hal ini termasuk dalam lingkungan tanggungjawab sosial yang perlu diberi perhatian sebagai lambang syiar Islam selaku agama yang menyuruh umatnya mengamalkan kehidupan harmoni.
Sabda Rasulullah SAW: “Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit.” (Riwayat at-Tabrani)
Kasih sayang adalah sifat terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim. Belaian dan layanan mesra akan melahirkan suasana harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu, Islam menekankan nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan kehidupan bermasyarakat.
Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah ucapan yang menggunakan perkataan manis serta bersopan; melalui sentuhan lemah lembut; pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.
Apabila ditinjau kehidupan masyarakat hari ini, punca perpecahan yang berlaku kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan
No comments:
Post a Comment