Wednesday 16 January 2013

CERITA BADMINTON


Lee Chong Wei, juara badminton yang belum ada tandingannya di dunia

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. 
Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia,menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon.

Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. 
Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Siden, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. 
Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

Badminton 
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Sejarah dan Pembangunan
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaituHanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggilbattledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]
BAM
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton HouseGloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai KanadaDenmarkEnglandPerancisBelandaIrelandNew ZealandScotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5]

Proud Of

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. ChinaIndonesiaKorea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Gelanggang
·         Gelanggang indoor atau outdoor.
·         Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki (6.10 m) lebar bagi permainan yang melibatkan empat pemain.
·         Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m) dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1 inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang.

Pemain
·         Perseorangan lelaki
·         Perseorangan wanita
·         Bergu lelaki
·         Bergu wanita
·         Bergu campuran

Peralatan
·         Jaring
·         Raket (ringan)
·         Bulu tangkis


Pengadil
·         Pengadil rasmi
·         Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)

Cara Permainan
·         Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa.
·         Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut.
·         Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata.
·         Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15. Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja.
·         Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie breaking yang dikenali sebagai settingyang merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri.


Kemahiran Asas Badminton

  • Terdapat dua cara memegang raket:
  • Pegangan hadapan
  • Pegangan kilas

  • Pukulan Servis
    • Servis Rendah
      • Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
      • Ayun raket ke belakang.
      • Siku bengkok hampir ke badan.
      • Tangan kiri pegang bulu tangkis.
      • Lepaskan bulu tangkis.
      • Ayun raket pantas ke hadapan.
      • Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
      • Pandang ke sasaran.
      • Ikut lajak.

o   Servis Flik
§  Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.
§  Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.
o   Servis Tinggi
§  Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
§  Ayun raket tinggi ke belakang.
§  Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka.
§  Lepaskan bulu tangkis.
§  Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
§  Pandang bulu tangkis.
§  Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
§  Ikut lajak.

Pukulan Hadapan
o   Pandang bulu tangkis.
o   Ayun raket ke belakang.
o   Sebelah tangan lagi diluruskan.
o   Ayun raket dengan tangan lurus.
o   Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi.
o   Ikut lajak.

Pukulan Lob
o   Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.
o   Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

Pukulan Kilas
o   Pandang bulu tangkis.
o   Kaki kanan menyilang ke kiri.
o   Kilas raket separas bahu.
o   Pukul bulu tangkis.
o   Ikut lajak.
      
Pukulan Smesy
o   Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Caranya:
o   Pandang bulu tangkis.
o   Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
o   Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
o   Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
o   Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
o   Pukul bulu tangkis pantas.
o   Ikut lajak.

Credit: Wikipedia

No comments:

Post a Comment