Sunday 15 September 2013

Tiga kanak-kanak lemas dalam peti sejuk

JOHANNESBURG 15 Sept. - Tiga kanak-kanak Afrika Selatan ditemui mati oleh datuknya selepas terperangkap di dalam sebuah peti sejuk lama ketika bermain berhampiran rumahnya, semalam.

Menurut jurucakap polis, Kealeboga Molale kesemua mayat mereka di temui di Atamelang, sebuah bandar di wilayah North West. Dua daripada 
mereka berusia empat tahun manakala seorang lagi berusia tiga tahun.

“Mereka pergi bermain di dalam peti sejuk dan terkunci dari arah dalam menyebabkan mereka lemas," kata Molale. - AFP

No comments:

Post a Comment