Thursday, 26 September 2013

Ibu digilis lori

Kuala Lumpur: Sukar digambarkan perasaan seorang suami apabila melihat mayat isterinya dalam keadaan mengerikan akibat digilis lori pembancuh simen di Jalan Tanah Lapang off Jalan Sentul, di sini, semalam.
Foto
KEADAAN motosikal mangsa.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian saya lihat isteri saya terbaring di bawah lori dan berlumuran darah,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 32, itu dengan nada sebak.
Foto
SUAMI mangsa sebak melihat mayat isteri di tempat kejadian
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, isterinya, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, maut dengan badan hampir putus akibat digilis tayar belakang sebelah kiri lori.


  • Anak lihat ibu digilisLokasi kemalangan menjadi tumpuan orang ramai yang berang dengan pemandu lori.


Sebelum itu, motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari sekolah, hilang kawalan selepas bergesel dengan lori berkenaan.
Foto
KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang terbabit kemalangan.


Sham, 32, yang juga anggota polis di Balai Polis Sentul berkata, kira-kira 20 minit sebelum kejadian dia ada menghubungi isterinya mengingatkan arwah supaya mengambil anak kedua mereka di sekolah.

Anak lihat ibu digilis
Anak mangsa cuba ditenangkan orang ramai



Credit: Mohd Fadly Samsudin dan Asmah Rusman

No comments:

Post a Comment