Tuesday, 10 September 2013

Haji Abu Bakar Maidin meninggal dunia



Mantan Presiden Jamiyah, Singapura, Haji Abu Bakar Maidin, 86 tahun, meninggal dunia lewat petang semalam.
Anaknya, Dr Hasbi Abu Bakar, berkata bapannya menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Nasional (NUH) sekitar 6.30 petang.
Sebelum ini, beliau telah dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana jangkitan paru-paru dan pundi kencing.
Dr Hasbi, yang kini Presiden Jamiyah, berkata ayahnya semakin uzur sejak kebelakangan ini, malah semasa Hari Raya beliau dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi (dehyadration).

No comments:

Post a Comment