Google+ Followers

Thursday, 26 September 2013

Larangan bawa telefon ke sekolah kekal

Kementerian Pendidikan buat keputusan muktamad pelajar tidak boleh bawa telefon bimbit ke sekolah


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan mengekalkan larangan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah kerana gajet itu didapati berisiko mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ketetapan itu sekali gus menolak cadangan sebelum ini yang dibangkitkan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong pada Julai tahun lalu, pelajar akan dibenarkan membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah mulai tahun ini secara bersyarat.



Bantah cadangan 

BH Selasa lalu melaporkan Kementerian Pendidikan digesa menyelesaikan isu itu yang masih menjadi teka-teki, malah pertubuhan guru dan ibu bapa yang dihubungi kebanyakannya membantah cadangan itu.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kementerian, Datuk Mazlan Mohamad berkata, keputusan itu diambil selepas menjalankan kajian, penelitian dan perbincangan terperinci.



Credit: Faizatul Farhana Farush Khan