Google+ Followers

Monday, 9 September 2013

478,848 calon duduki peperiksaan UPSR hari ini.



KUALA LUMPUR 9 Sept. - Sebanyak 478,848 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini sehingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini daripada jumlah itu sebanyak 469,882 calon adalah dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Jadual waktu peperiksaan itu telah diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. - BERNAMA