Kuala Lumpur: Kehidupan mewah luar biasa hingga mampu memiliki sembilan kenderaan mewah membongkar kegiatan empat lelaki dan seorang wanita yang menjadi pengedar dadah terbesar di Lembah Klang selain dadah itu turut diseludup ke negara jiran menggunakan kereta mewah berkenaan.
Sindiket terbabit turut menggunakan dua kediaman di Cheras dan Kajang sebagai tempat simpanan dadah jenis ecstasy, syabu dan heroin sebelum dijual di dalam negara dan negara jiran.
Namun kegiatan mereka terhenti apabila polis menyerbu dua rumah berkenaan kelmarin dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM50 juta.
Dalam serbuan jam 8.45 malam itu, polis yang sudah membuat risikan sejak awal tahun ini hasil maklumat awam bertindak menyerbu kediaman berkenaan serentak dan berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 57 tahun.

NOOR Rashid menunjukkan dadah yang dirampas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 209.96 kilogram (kg) syabu, 40.47kg heroin dan 26.85kg pil ecstasy bersama dua komputer riba, sembilan kereta mewah, barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM51,299.
No comments:
Post a Comment