Google+ Followers

Saturday, 28 September 2013

'Larkin panas' malam ini...

'Larkin panas'Indra Putra boleh membawa bencana kepada Johor DT jika hanya memberi tumpuan kepada Nwakaeme.
Harimau Selatan dan The Red Warriors buru jaringan penting gapai impian, malam ini


Kuala Lumpur: Seharusnya aksi getir di antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Kelantan berlaku dalam final Piala Malaysia namun takdir menemukan kedua-dua pasukan elit itu lebih awal dalam pertembungan suku akhir pertama, malam ini. 

Hakikatnya, salah satu daripada barisan berkenaan akan tersingkir dan pihak yang menang ditakrif ada peluang mara lebih jauh dalam kempen piala keagungan ini.



Ibarat pentas final 

Kelantan berkunjung ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk menang dan menyalakan impian mempertahankan mahkota kejuaraan manakala JDT jelas bertekad untuk melangkah sehingga ke final dan memenangi satu-satu piala yang masih tinggal untuk dijadikan koleksi sekali gus menebus duka terlepas Piala FA kepada Kelantan, Jun lalu. 

Pada pengamatan peminat bola sepak tanah air, persaingan ini harus menerbitkan segala drama ibarat menepati perlawanan final. 

Sudah pasti dua bekas pemain Kelantan - Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya - menjadi tumpuan The Red Warriors tatkala Harimau Selatan pasti merantai kelibat empat tonggak pelawat - Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Mohd Badhri Radzi - bagi mencari bekalan selesa sebelum timbal balik di Kota Bharu nanti. 


Turut mencuri tumpuan perlawanan Lions XII menentang Tentera di Stadium Jalan Besar. Perlawanan itu ibarat pertembungan separuh akhir tahun lalu yang dimenangi anak buah B Sathianathan. 

Satu lagi pertembungan membabitkan dua pasukan Liga Perdana Sime Darby menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang