Saturday 28 September 2013

Mufti: Ajaran Syiah di Sabah terkawal

  • Bungsu@Aziz JaafarBungsu@Aziz Jaafar

PUTRAJAYA - Mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar hari ini memberitahu bahawa ajaran fahaman Syiah di negeri Sabah masih dalam keadaan  terkawal.

Menurutnya, pejabat Mufti Sabah sentiasa membuat pemantauan bagi mengekang penularan fahaman tersebut di negeri itu.

"Syiah di Sabah masih dalam keadaan terkawal.

"Setakat ini saya dimaklumkan hanya terdapat 400 orang pengikut Syiah di negeri Sabah," katanya ketika ditemui oleh Sinar Harian Online selepas sesi dialog simposium mendepani agenda asing Melayu dalam krisis kepimpinan di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, ketika disoal kenapa fahaman Syiah mudah diterima oleh segelintir masyarakat Islam di Malaysia, beliau mengatakan ajaran syiah lebih 'senang' berbanding ajaran Islam yang sebenar.

"Ajaran syiah lebih senang, sembahyang hanya tiga waktu sahaja.

"Sembahyang Jumaat tidak perlu, tetapi yang paling disukai ialah berkenaan dengan nikah 'mutaah'," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan ajaran Syiah yang dibawa masuk ke Sabah adalah melalui orang luar  terutama dari negara Pakistan dan India.

"Syiah dibawa oleh mereka (orang India dan Pakistan).

"Sasaran mereka adalah kepada golongan pelajar terutama melalui institut pengajian tinggi swasta (IPT)," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Bungsu menegaskan jabatan mufti sentiasa menjalinkan kerjasama dengan jabatan agama negeri yang lain bagi memastikan ajaran ini terkawal.

"Kita telah sedia menjalinkan hubungan dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan ajaran Islam terus terpelihara," katanya.



Credit: UHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

No comments:

Post a Comment