Sunday 22 September 2013

Selar gerakan desak Sabah keluar Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba menggerakkan usaha menghasut Sabah keluar dari Malaysia berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Hishammuddin yang mempersoalkan tindakan tidak bertanggungjawab golongan berkenaan memberitahu, beliau tidak faham bagaimana gerakan itu boleh wujud ketika anggota keselamatan negara dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak berusaha mempertahankan kedaulatan negara.

"Saya mahu tanya, apabila pencerobohan berlaku, di mana puak-puak yang minta Sabah keluar dari Malaysia ini?. Tiada kedengaran mereka sanggup ke depan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perarakan Raksasa Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-80, di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai beberapa laman sosial yang didakwa 'menghasut' orang ramai, khususnya rakyat Sabah supaya menggesa negeri itu keluar dari Malaysia berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment