Friday 7 December 2012

Jururawat layan panggilan palsu soal keadaan Kate ditemui mati


Jururawat layan panggilan palsu soal keadaan Kate ditemui mati
DJ dari Australia, Mel Greig dan Michael Christian yang membuat panggilan ke Hospital King Edward VII. - Foto ihsan BBC
Putera William dan Kate Middleton
Putera William dan Kate Middleton
LONDON- Seorang jururawat Hospital King Edward VII, hospital yang menerima panggilan palsu daripada dua DJ Australia Selasa lalu berhubung keadaan isteri Putera William - Duchess of Cambridge yang kini hamil, ditemui mati.

Pasangan Duke dan Duchess of Cambridge melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu.

Insiden itu dilaporkan sehari selepas Catherine meninggalkan hospital selepas menerima rawatan sejak Isnin lalu kerana alahan. Isnin lalu beliau diumumkan hamil kurang 12 minggu.
Jururawat yang dinamakan sebagai Jacintha Saldanha meninggal dunia di sebuah apartmen dekat dengan hospital di sini semalan.
Pihak pengurusan menyifatkan Saldanha yang berkhidmat di Hospital King Edward VII sejak empat tahun lalu sebagai "jururawat kelas pertama", lapor BBC.

Seorang jururawat didakwa mendedahkan keadaan kesihatan Catherine, yang turut dikenali dengan panggilan Kate, kepada dua DJ Australia yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, masing-masing nenek dan ayah kepada Putera William.

Mel Greig dan Michael Christian, dari stesen radio 2Day FM yang berpejabat di Sydney, yang mendakwa mereka sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, membuat panggilan palsu pada pagi Selasa lalu, sehari selepas Kate dimasukkan ke hospital.
Kedua-dua mereka meminta maaf atas kejadian ini.
 
BBC juga memetik Rhys Holleran, Ketua Pegawai SCA, syarikat yang memiliki stesen radio itu diberi rehat sehingga siasatan dalaman selesai.

Saldanha, yang tinggal di kemudahan yang disediakan majikan berhampiran Hospital King Edward VII, merupakan staf yang melayan panggilan daripada kedua-dua DJ Australia berkenaan, tetapi bukan jururawat yang mendedahkan keadaan kesihatan Kate.

Dia dikatakan menjawab panggilan itu pada jam 5.30 pagi Selasa lalu sebab tiada staf penyambut tetamu pada ketika itu.

BBC juga melaporkan Saldanha juga tidak digantung atau diambil tindakan disiplin ekoran tindakannya melayan panggilan tersebut.
Saldanha dilaporkan merasakan keseorangan dan keliru dengan insiden yang dilaluinya.
Seorang jurucakap istana berkata, pihaknya tidak pernah membuat aduan kepada pengurusan hospital berkenaan dengan kejadian itu.
Ketua Pegawai Hospital King Edward VII, John Lofthouse pula berkata: "Kami boleh mengesahkan bahawa Jacintha baru-baru ini telah menjadi mangsa panggilan palsu diterima hospital."
"Semua orang terkejut dengan kehilangan rakan kerja yang disayangi dan bernilai," kata beliau.
Scotland Yard menerima panggilan seorang wanita ditemui pengsan di satu alamat di Weymouth Street, tengah London.
Dia disahkan meninggal dunia di tempat tinggalnya.

Credit: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment