Friday 10 May 2013

RADIATOR STESEN ANGKASA LEPAS BOCOR


Radiator ISS didapati bocor



GAMBAR fail menunjukkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa 
yang dirakamkan pada 23 Mei 2011.


WASHINGTON – Sebuah radiator di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) didapati bocor selepas gas ammonia keluar dari stesen itu.
Gas ammonia itu berjaya dikesan oleh enam angkasawan yang berada di dalam ISS. Komander ISS, Chris Hadfield dari Kanada menghantar kenyataan di Twitter dengan menyatakan bahawa masalah tersebut adalah serius.
Radiator yang bocor itu digunakan untuk menyejukkan sistem tenaga ISS.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat menyatakan, kebocoran itu tidak mendatangkan bahaya kepada angkasawan.
Agensi berita Rusia, Interfax yang
memetik sumber-sumber industri angkasa lepas menyatakan, angkasawan NASA, Tom Mashburn dan Chris Cassidy mungkin akan keluar dari ISS untuk mencari punca yang menyebabkan kebocoran itu. – Agensi

No comments:

Post a Comment