Google+ Followers

Friday, 17 May 2013

Lelaki mati mengejut ketika curi kereta


KUALA LUMPUR - Seorang pencuri kereta jatuh rebah dan mati, di sini, setelah berlari sejauh 100 meter semasa meninggalkan kereta curi itu apabila menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta itu.
  
Dalam kejadian 7 pagi tadi, suspek itu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seketika dalam keadaan enjin masih "hidup" oleh seorang wanita ketika menghantar dua anak perempuannya masing-masing berumur empat tahun dan empat bulan di sebuah pusat asuhan di Taman Melati.
  
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata:
  
“Kanak-kanak (anak wanita itu budak lelaki berumur tujuh tahun) yang ada dalam kereta itu menangis menyebabkan suspek yang berusia 47 tahun itu terkejut dan bertindak meninggalkan kereta tersebut di Jalan 12C/6, Setapak Indah dan berlari sejauh 100 meter sebelum dia rebah dan mati,"
  
Katanya, suspek turut mempunyai sebuah beg duit dipercayai beg yang dicuri dari kenderaan itu.
  
"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya sambil menambah suspek tersebut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk dadah. - Bernama