Thursday 16 May 2013

GURU WANITA MENINGGAL DUNIA KETIKA HARI GURU



Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru


ALOR SETAR 16 Mei - Kemeriahan sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Pendang di sini bertukar suram apabila seorang guru wanita meninggal dunia akibat diserang penyakit jantung ketika menyertai acara sukaneka sekolah tersebut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, Che Maznah Mad Isa, 56, yang sedang menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah berkenaan sempena sambutan Hari Guru tiba-tiba rebah.

Beliau yang merupakan guru Matematik dan sudah 32 tahun berkhidmat di sekolah itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah guru itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment