Tuesday 28 May 2013

Penjenayah tertinggal MyKad selepas samun


Penjenayah tertinggal MyKad selepas samunAbdul Ghafar (tengah) menunjukkan barang kes dan gambar penjenayah yang dikehendaki pada sidang media di IPK Kedah, di Alor Setar, semalam.
Polis percaya penemuan kad pengenalan diri boleh bantu kesan 4 suspek


Alor Setar: Polis percaya dapat mengesan empat penjenayah yang menyamun barang kemas dan wang tunai bernilai RM20,000 berikutan penemuan MyKad, dipercayai milik suspek dalam kereta yang ditinggalkan di Kampung Sungai Baru, Alor Janggus di sini, kelmarin. 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghaffar Rajab, berkata kad pengenalan itu ditemui di dalam PROTON Iswara yang ditinggalkan kumpulan penyamun terbabit tidak jauh dari rumah mangsa apabila mereka melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, pada jam 5 pagi.

Pemilik MyKad itu adalah N Sivakumar, 35, beralamat di No 84, Jalan PJS AO/24A, Taman Seri Subang, Petaling Jaya, Selangor. 


“Kita percaya pemilik MyKad itu seorang daripada empat suspek yang melarikan barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM20,000 dalam kejadian samun di Alor Janggus. 


Miliki rekod jenayah lampau 


“Semakan juga mengesahkan lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam. 

Abdul Ghafar berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, polis menahan dua lelaki berusia 33 dan 38 tahun di sekitar bandar raya ini, kira-kira enam jam selepas kejadian samun itu. 

“Kita percaya dua lelaki yang juga penganggur termasuk seorang daripadanya mempunyai dua rekod jenayah lampau mempunyai kaitan dengan empat suspek samun itu,” katanya. 


Direman tujuh hari 


Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan dua suspek yang ditahan itu direman tujuh hari bermula semalam. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Bee Anak Amba, di talian 012-4899429 atau 04-7321222.

Credit: Zuliaty Zulkiffli

No comments:

Post a Comment