Google+ Followers

Tuesday, 14 May 2013

Khalid, Bakri terajui PDRM



Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
SHAH ALAM -  Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. 
 
Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib pada 17 Mei ini. 
 
Sementara timbalan KPN yang baru pula ialah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menggantikan tempat Khalid sebelum ini. 
 
Sebelum bergelar timbalan KPN, Khalid berkhidmat sebagai  Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman. 
 
Khalid, 56, juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor.
 
Beliau mengambil alih jawatan timbalan KPN bermula April 2011.
 
Sementara Mohd Bakri pula sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Credit: Sinar Harian