Friday, 31 May 2013

LIMA PESANAN RASULULLAH

Lima pesanan penting Rasulullah
Baginda SAW merumuskan peristiwa Israk dan Mikraj dengan beberapa pesanan penting dalam sabdanya: Pada waktu malam Israk dan Mikraj, Allah SWT telah memberikan lima pesanan berguna, antaranya: 

Janganlah engkau terlalu cenderungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.


Jabir bin Abdullah berkata: Pada suatu hari sewaktu saya bersama Baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu? Maka Rasulullah SAW berkata: Dunia itu adalah impian orang yang tidur. Bertanya orang itu lagi: Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah? Berkata Rasulullah SAW: Satu kumpulan manusia yang berada dalam syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam neraka Sair. 

Jadikan cintamu hanya kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. 

Firman Allah SWT: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa kamu, dan anak kamu, dan saudara kamu, dan isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah, ayat 24) 

Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga kerana tiada istilah rehat semasa di dunia. 


Imam Ahmad Bin Hambal apabila ditanya bilakah manusia akan merasakan kerehatan? Jawabnya: Manusia akan merasai kerehatan selepas kakinya melangkah ke syurga. Adapun sebelumnya tiada istilah yang bernama rehat. 

Janganlah menaruh harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak berkuasa mengubah sesuatu pun. 


Orang mukmin akan berputus asa dengan makhluk kerana makhluk tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kerana kekuatan sebenar adalah kekuatan Allah SWT. Dia bertawakal dan berserah diri hanya kepada Allah SWT. 


Galakan mengerjakan solat tahajud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 

Ini adalah kerana malam mempunyai kelebihan tersendiri sehingga Allah SWT memilih peristiwa penting ini pada malam hari. Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu berqiamullail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan dan mengusir penyakit dari badan. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)

Kementerian Kerja Raya usaha dapatkan pembiayaan untuk bangunkan prasarana Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan berusaha mendapatkan pembiayaan daripada kerajaan pusat untuk membangunkan prasarana Sarawak terutamanya hubungan pengangkutan darat di kawasan muka bumi berbukit di Belaga dan Kapit. 

Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, bajet itu, yang mungkin daripada Rancangan Malaysia ke-11, akan digunakan untuk menyambungkan bahagian ini kepada pusat utama seperti Bintulu dan mengurangkan kebergantungan masyarakat di sana terhadap pengangkutan air.


Fadillah berkata, kos pembangunan jalan raya untuk bahagian ini akan mencecah sehingga RM300 juta atau lebih. 

Pada masa ini, kedua-dua kawasan itu dihubungkan oleh jalan yang tidak disenggarakan dan digunakan oleh lori balak. 

"Kawasan Kapit dan Belaga merupakan salah satu kawasan yang paling mencabar oleh kerana bentuk muka buminya yang berbukit dan mempunyai sungai yang besar. 


"Sekarang, kawasan Kanowit, yang tidak jauh daripada Kapit, sudah pun dihubungkan dengan Sibu," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara hari ini. 

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Angkatan Tentera Malaysia, di bawah program "Jiwa Murni", sudah bekerjasama untuk membangunkan kawasan Belaga dan Sungai Asap. 


"Pada masa ini, jalan yang menghubungkan dua kawasan itu adalah jalan-jalan balak yang tidak diselenggarakan dengan baik," katanya. 

Apabila semua perancangan dilaksanakan, beliau berkata, jaringan jalan raya sepanjang Belaga ke Sibu akan menjadi realiti. 

Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan luar bandar akan terus dibangunkan untuk mengurangkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar, di mana sebanyak RM4.5 bilion sudah diperuntukkan ke arah pelbagai projek pembangunan prasarana luar bandar. 

Beberapa projek termasuk memberikan RM1.2 bilion untuk membangunkan jalan luar bandar 441 kilometer dan projek jalan menghubungkan kampung, RM1.6 bilion untuk projek prasarana utiliti luar bandar yang melibatkan bekalan air dan tenaga elektrik dan RM100 juta untuk membekalkan 40,000 tangki air untuk pengumpulan air hujan, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. - BERNAMA 

ISLAM SEDANG BANGKIT DARI TIMUR

sunset in KL
Kenapa Islam Sedang Bangkit Dari Timur.
Rata-rata umat Islam seluruh dunia sedang memperkatakan kebangkitan Islam buat kali kedua. Jika anda berada di Mekah atau Madinah - bertemu dengan pelbagai kelompok bangsa di dunia - anda akan mendengar perbincangan serius berkenaan hal ini. 

Maklumat yang kami dapat di Haramain ini sungguh mengejutkan!! Ada kelompok-kelompok tertentu di dunia ini yang sedang menyiapkan orang-orang khusus yang akan berperanan dizaman kegemilangan Islam itu nanti. Bentuk persediaan dan cara persiapan mereka berbeza-beza. Tidak perlulah kita perkatakan di sini. Berjaya atau tidak kelompok mereka itu nanti sama-samalah kita saksikan. 

Apa yang penting, keyakinan dan cara persiapan yang tersendiri. Ianya adalah susur galur satu perencanaan langit untuk kebangkitan yang sebegini hebat dan luar biasa. Ianya bukan sekadar menukar parti yang memerintah atau menggulingkan kerajaan yang ada. 

Tetapi yang akan berlaku ialah perubahan dari bawah. Rakyat yang berubah. Komitmen rakyat terhadap hidup beragama menjadikan orang yang hanya menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan kuasa akan tertolak ke tepi dengan sendirinya. Janganlah disangsikan kenyataan ini kerana ramai yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi sembahyangnya di akhir atau hanya di hujung waktu. 

Sedangkan syariat yang paling penting dan utama adalah sembahyang. Perjuangan awal bagi sesiapa yang ingin mendaulatkan syariat islam ialah menegakkan sembahyang. Kena lah diperhatikan, cara mereka mendaulatkan sembahyang itu secara bersungguh-sungguh atau ala kadar. 

Jika mana-mana kelompok mendakwa mereka ingin mendaulat syariat islam, tetapi masa yang sama tidak mementingkan atau membesarkan sembahyang ertinya mereka adalah pembohong. Rakyat yang ikhlas akan menghukum mereka satu hari nanti. 

Hanya yang ikhlas dalam menghayati Islam sahaja yang akan terselamat. Sembahyang itulah ibu bagi bagi segala syariat islam. Serius atau ikhlasnya seseorang dalam menghayati Islam hanya perlu dilihat pada penghayatan sembahyangnya.

Jadi, perubahan rakyat itulah yang mendorong kerajaan diubah. Harus diingat perubahan rakyat itu akan berterusan sehingga pemimpin yang dijanjikan didatangkan Tuhan pada waktu dan masa yang tepat. Bayangkan meriahnya waktu itu! 

Apabila dikatakan perencanaan langit, kenalah difahami bahawa gelombang kebangkitan ini telah dimulakan perencananya sejak lama dahulu. Kita boleh katakan sejak zaman Rasulullah saw lagi hal ini sudah diperkatakan Baginda saw. 

Bagindalah yang memberitahu para sahabat rahsia kebangkitan kedua dari sebelah Timur. Islam akan kembali menjadi peneraju dunia. Tuhan akan kembali dibesarkan dan diagungkan. Peribadi para sahabat yang awal akan lahir semula atas nama ikhwan. 

Mereka itulah orang-orang khusyuk dalam solatnya. Mereka itulah yang paling banyak menangis kerana takutkan Tuhan. Mereka itulah yang telah membaiahkan hidup dan mati untuk menegakkan kalimah Allah swt. Kecintaan mereka kepada Rasulullah saw sungguh luar biasa. Sebab itu mereka di panggil "Ikhwan" oleh Baginda Nabi saw. 

Credit: suaramuhajirin

Islam dijangka ‘tawan’ Britain

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. 
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Foto
MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.

Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.

Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.

Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.

Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang. 

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. 

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. 

Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi. 

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.

Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. 

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail
.

Rapists get 28 years each

48 STROKES OF THE ROTAN: Mother of seven tells court of brutal assault on way to work


KLANG: IT was a normal Thursday morning when a mother of seven went to work as usual at a factory in Klang.
Little did she know that she would be sexually assaulted; so brutally as to leave her scarred for life.
The then 35-year-old woman was walking to work when a car stopped in front of her. A man, who had pretended to be looking into his car bonnet suddenly ran towards her and dragged her into the car with three others waiting.
She was taken to a secluded area where she was beaten, raped and forced to perform oral sex on them. After they were done with her, one of her attackers inserted a twig into her private parts before leaving her there in pain.
Yesterday, three of the assailants were found guilty of the heinous crime and were jailed 28 years' jail each and ordered to be whipped a total of 48 strokes of the rotan.
Sessions Court judge Ahmad Fairus Mohd Puzi sentenced Y. Gajehindran, 26, J. Malvin Isaac, 24, and P. Aravinthiran, 22, for committing the offences in various places in Klang between 6.45am and 8.30am on Feb 11, 2010.
Gajehindran, an accounts executive, and Aravinthiran, a college student, were charged with raping and forcing the victim to perform oral sex in the bushes along Jalan Kebun Nenas 2H/KS7 in Bandar Putera Klang.
Malvin Isaac, who worked in a courier service company, was charged with raping the same victim, forcing her to perform oral sex on him and with inserting a twig into her private parts.
All three were also convicted of abducting and causing hurt to the victim. Initially, four men were charged but their accomplice had then turned prosecution witness and testified against them.
In his decision yesterday, Ahmad Fairus said the accused in their defence had solely put the blame on their accomplice who had turned prosecution witness.
"They claimed that it was the witness who had assaulted and raped the victim when they left the two in the bushes near a residential area, and they were helpless in stopping him as he was acting violently," said the judge
"I find this impossible to believe, as surely the three could have done something to stop their friend who was said to be acting alone," he said. "They had also claimed they did not lodge a police report because they were shocked and had panicked."
He said their actions for not lodging a police report only showed they too had attacked the victim.
Their defence was a mere denial and they put the entire blame on their accomplice just to save themselves, he said.
"In fact, the victim's evidence corroborated with that of the accomplice which showed what really happened the day of the incident."
The victim who gave a victim impact statement cried as she related how the incident had left her traumatised.
She said she had difficulties in eating and drinking for two weeks after the incident.
"I did not dare leave my house for more than a year, afraid that they would come back and catch me again," she said.
"I could not sleep for six months and I am still taking anti-depressant medication."
She said the incident had also affected her married life as she was afraid to be with her husband intimately.
"We are having marital problems. I have stopped working as I am afraid to leave the house. I am afraid and ashamed," she said as she wiped her tears.
"Why did this have to happen to me? They were so inhumane and acted as if I was not a human being."
She then asked how would they feel if someone inserted a twig into their private parts.



The three men being led out of the Klang Sessions Court after they were sentenced to 28 years in jail.

Credit: NST

Thursday, 30 May 2013

FITNAH: ANWAR MENANG SAMAN KES DATUK NALLA

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.
Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.
Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.
Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.
Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk “Anwar terima RM60 juta” sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.
Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.
Credit: Sinar Harian

Sifat lemah lembut eratkan silaturahim

Bersifat lemah lembut dalam berkata-kata dan bertindak adalah sifat yang disukai Allah SWT. Insan yang sengaja memilih berhias diri dengan sifat mulia terpuji ini bukan saja mewarisi keperibadian rasul yang mulia, juga memenuhi ciri keindahan Islam. 

Tanpa mengira di mana dan dalam suasana bagaimana, orang yang beriman sentiasa mempamerkan sifat lemah lembut, berlapang dada dan tenang.
Sifat lemah-lembut, sopan, mudah mesra dan sabar sesungguhnya mempunyai kuasa tarikan yang kuat terhadap masyarakat yang melihat. Sifat ini sangat serasi dengan Muslim yang bertanggungjawab menyeru manusia lain ke jalan diredai Allah SWT. 


Sirah memaparkan bagaimana masyarakat jahiliah begitu senang menerima ajakan Rasulullah SAW mendekati agama Islam yang dibawanya. Jika berdakwah dengan cara kasar dan bernada sombong, sudah tentu tidak ada seorang pun yang terpengaruh, malahan semakin menjauh. 

Allah SWT berfirman: “Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah Ali-Imran, ayat 159) 

Rasulullah mengutamakan kemesraan dan kelembutan dalam pergaulan. Walau ada saja orang yang ingin berbuat tidak baik atau sakit hati terhadap Baginda, namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya untuk menerangi manusia yang diselubungi kabus kejahilan. 

Rasulullah SAW tetap tidak berganjak daripada menunjukkan sikap manis dan tidak pernah menampak kemarahan di wajahnya. Tindakan beginilah yang diajarkan Rasulullah SAW kepada umatnya. 

Sifat lemah lembut bukan lemah 
Ada beranggapan jika berlemah-lembut dalam sesuatu perkara menunjukkan kelemahan atau sikap tidak tegas hingga mudah dipermain orang. Anggapan itu tidak tepat kerana lemah lembut bukan bermakna lemah, tetapi secara tidak langsung melahirkan kekuatan tersendiri. 

Contohnya, guru di sekolah yang selalu berlemah-lembut, mesra dan kaya dengan senyuman dalam pengajaran serta pembelajarannya akan menzahirkan sifat kasih sayang hingga menumbuhkan rasa kecintaan dalam diri murid-murid dan hormat terhadap guru. 

Namun apabila bersikap kasar dan selalu marah dengan muka bengis, nescaya akan ramai murid yang menghindari bahkan menyalakan api kebencian terhadap guru. Kesimpulannya, jika kita selalu berlemah-lembut terhadap sesama insan akan menghasilkan banyak manfaat dan kebaikan. 

Dari sudut lain, sifat lemah-lembut, berlapang dada dan sabar boleh menguatkan ikatan silaturahim sesama Islam, melenyapkan suasana perpecahan serta pergaduhan. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan atau tindakan yang boleh menghancurkan persaudaraan dan perpaduan.

Credit: Mohd Adid Ab Rahman

Mukjizat air zam-zam

TIDAK ramai orang mengetahui bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter air pada musim haji dan tidak pernah kering walaupun sekali.

Pernah seorang ilmuwan diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar daripada seorang doktor dari Mesir mengenai air zam-zam.

Berapa juta liter air zam-zam yang diambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara ringkas. Jika jemaah haji yang datang dari seluruh dunia pada setiap musim haji berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi lima liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika dua juta orang membawa pulang masing-masing lima liter air zam-zam ke negaranya, ini sudah menjadi 10 juta liter.

Di samping itu sepanjang berada di Mekah, katakan kebanyakan jemaah haji tinggal selama 25 hari di sana dan setiap orang menghabiskan satu liter sehari. Maka jumlahnya sudah mencapai 50 juta liter.
Pada 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada media di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu adalah di bawah garis permukaan laut, air zam-zam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zam-zam.

Berita itu telah sampai ke pengetahuan Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar contoh air zam-zam ke makmal-makmal di Eropah untuk dilakukan uji kaji.

Tariq Hussain seorang ahli kimia yang bekerja di Institut Peresapan Air Laut untuk air minuman di Jeddah ditugaskan melakukan penyelidikan.

Pada awal memulakan tugasnya, Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai dalam telaga zam-zam, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 18x14 kaki sahaja (kira-kira 5x4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil itu boleh mengeluarkan jutaan gelen air setiap kali musim haji dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang silam semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan beliau menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11 hingga 18 liter air perdetik dengan demikian setiap minit sejumlah 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang menakjubkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga zam-zam dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya lima kaki lapan inci.

Kemudian dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya.

Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apa-apa pun.

Dia berfikir mungkin air telaga itu diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Jika begitu keadaannya maka dia boleh melihat turun naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, Tariq tidak menemui gerakan air yang mencurigakan dan alat yang dapat mendatangkan air dalam jumlah yang besar.

Seterusnya dia meminta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam di tempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil mana pun. Setelah melakukan proses tersebut dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: 

"Alhamdulillah, saya temuinya! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku dan air itu keluar dari dasar telaga."

Lalu pembantu Tariq diminta berputar mengelilingi telaga ketika tiba masa penghisapan air oleh paip air untuk keluar. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum dipam.

Aliran air yang keluar sama besarnya di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Sementara itu, hasil penyelidikan contoh air zam-zam di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan air zam-zam mengandungi zat fluorida yang berkesan membunuh kuman seperti sudah mengandungi ubat.

Perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil dan sama dari sejak terbentuknya telaga itu. "Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
Nabi SAW menjelaskan: "Sesungguhnya air zam-zam ini air yang sangat diberkati, ia adalah makanan yang mengandungi gizi."

Nabi SAW menambahkan: "Air zam-zam bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh daripada penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika 
engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman daripada Allah untuk Ismail." (riwayat Darulqutni, Ahmad, Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas)

Rasulullah SAW pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas daripada kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan air zam-zam itu digunakan Rasulullah untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah iaitu;
  • Kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
  • Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  • Yang menakjubkan lagi, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam. Air zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  • Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga zam-zam tetap berair. Air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.Beberapa ulama fikah mencadangkan agar jemaah haji dan umrah membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam dapat menjadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.


Credit: IBRAHIM ABDULLAH

Wednesday, 29 May 2013

Rakyat Singapura panjang umur

Singapura: Singapura mencatat kadar jangkaan hayat keempat terbaik di dunia berdasarkan data dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), semalam.
Menurut maklumat agensi itu, kadar purata jangka hayat ketika lahir adalah 82 tahun pada 2011, menjadikan ia setaraf dengan Itali. Kadar jangkaan hayat wanita di Singapura ialah 85 tahun, manakala lelaki 80 tahun. Tiga tempat teratas adalah Jepun dengan jangka hayat bagi wanita ialah 86 tahun berbanding lelaki 82 tahun diikuti Switzerland dan San Marino. Ketiga-tiga negara itu mencatatkan kadar jangka hayat 83 tahun, jauh lebih tinggi berbanding kadar global iaitu 70 tahun.

Sementara itu, Sierra Leone berada di tempat terbawah dengan 47 tahun.


Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Prof Chia Kee Seng berkata, Singapura perlu memberi tumpuan kepada peningkatan taraf hidup lebih meluas dengan mencegah penyakit kronik kerana ia boleh melembapkan kemajuan. Laporan WHO itu turut membandingkan kadar jangka hayat semasa berbanding data pada 1990 dan 2000. Pada 1990, Singapura berada di kedudukan ke-29 dengan purata kadar jangka hayat 75 tahun. - AP

Tuesday, 28 May 2013

Tragedi pulang rai Hari Gawai

Tragedi pulang rai Hari Gawai
Pemandu bot ekspres ditahan bawa penumpang lebih 3 kali had muatan
Belaga: Kepulangan untuk menyambut perayaan Hari Gawai berakhir tragedi apabila sebuah bot ekspres yang membawa penumpang hampir tiga kali ganda melebihi muatan dibenarkan, karam, menyebabkan 23 penumpang dikhuatiri lemas, manakala 181 lagi terselamat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam di Tanjong Giam Bungan, kira-kira sejam perjalanan dari pekan ini. Ketika kejadian bot malang itu dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit.



181 dilapor selamat 


Sehingga jam 7 malam tadi, 23 penumpang masih dilaporkan hilang, manakala 181 dilaporkan terselamat, apabila mereka berenang ke rumah panjang berhampiran, selain ada yang diselamatkan penduduk berhampiran.

Bot Kawan Mas itu boleh memuatkan 74 penumpang, tetapi sarat dengan 204 penumpang ketika kejadian, sehingga ramai yang terpaksa duduk di bumbung bot berkenaan.

Ketua Polis Daerah Belaga, Superintendan Bakar Sebau, berkata siasatan awal mendapati bot ekspres yang terlebih muatan itu terbalik setelah terlanggar batu di satu selekoh berhampiran Tanjong Giam menghala ke Sungai Rejang.

Katanya, bot berkenaan membawa pekerja kontrak dari Bakun, Murum dan Sungai Asap pulang ke Belaga dan Kapit untuk menyambut Hari Gawai. 
“Bot yang sarat dengan penumpang itu singgah menurunkan penumpang di Jeti Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit. Kira-kira sejam perjalanan, bot terbabit terlanggar batu sebaik tiba di selekoh sebelum karam,” katanya ketika dihubungi.



Muatan berlebihan


Bakar berkata, kapasiti bot cuma untuk 74 penumpang tetapi muatan berlebihan menyebabkannya tidak stabil dan mudah terbalik.

“Penumpang yang duduk di luar bot sempat menyelamatkan diri dengan dibantu penduduk dua rumah panjang berhampiran, manakala penumpang yang dikhuatiri lemas adalah mereka yang duduk di dalam bot.

“Sukar untuk mengetahui jumlah sebenar penumpang tetapi selepas soal siasat dijalankan dengan anggota keluarga, polis percaya 23 penumpang saja yang masih hilang,” katanya.



Pemandu bot ditahan 


Bakar berkata, pemandu bot berusia awal 50-an ditahan bagi membantu siasatan dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Katanya, penumpang terselamat masih ditempatkan di Rumah Panjang Uma Tevok dan Uma Tanjong, sementara menunggu bantuan susulan.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan bantuan bomba, polis dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS).

“Pasukan penyelam polis dari Bintulu dan pasukan paramedik dari Kapit dalam perjalanan ke lokasi kejadian, dijangka tiba kira-kira jam 8 malam ini (malam tadi),” katanya.

Difahamkan perjalanan menaiki bot di kawasan berkenaan yang banyak bergantung kepada paras air sungai, selain jumlah bot ekspres yang terhad di laluan terbabit dan jumlah penumpang terlalu ramai untuk balik menyambut Gawai, dipercayai antara sebab bot malang itu terpaksa membawa penumpang jauh melebihi muatan dibenarkan.

Bantah kahwin sejenis di Perancis



Bantah kahwin sejenis di Perancis
Lebih 100,000 penunjuk perasaan berhimpun di Paris, kelmarin
PARIS - Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun, kelmarin sebagai membantah undang-undang perkahwinan sejenis di Paris.

Polis menganggarkan kira-kira 150,000 orang menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Presiden Francois Hollande kerana meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis yang melanggar fitrah manusia itu.

Demonstrasi tersebut turut menyaksikan pertempuran antara penunjuk perasaan berhaluan kanan dan pihak berkuasa, dipetik dari laporan AP.

Menteri Dalam Negeri, Manuel Valls memberitahu kira-kira 100 penunjuk perasaan yang enggan beredar selepas perhimpunan itu telah ditahan pihak berkuasa.

Isteri mati dipijak gajah, suami parah dirodok


Ayutthaya: Hujung gading seekor gajah dipotong selepas haiwan itu memijak seorang wanita dan menyerang suami mangsa di Muang, kelmarin.
Seorang jururawat di Hospital Muang, Orn-uma Leksathan, melawat wilayah Ayutthaya bersama suaminya, Narongsak, apabila insiden itu berlaku.
Saksi berkata, Orn-uma cuba memberi makan seekor gajah yang dipelihara di Pusat Penjagaan Gajah Lae Paniad.
Bagaimanapun, kata saksi, gajah itu menangkap mangsa dengan belalainya dan membawa wanita itu ke tiang yang menjadi penambat haiwan berkenaan.
“Mangsa kemudian dipijak-pijak gajah itu,” katanya. Ketika Narongsak cuba menyelamatkan Orn-uma, gajah berkenaan menggunakan gadingnya menyerang paha kanan lelaki terbabit sebelum melontarnya ke udara. Orn-uma dan suaminya dikejarkan ke Hospital Ayutthaya tetapi wanita itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang serius. Jurucakap hospital berkata, Narongsak juga cedera parah. Pemilik pusat penjagaan gajah, Thongrian Meephan berkata, gajah jantan itu berusia 27 tahun dan mempunyai berat kira-kira tiga tan. - AP

Penjenayah tertinggal MyKad selepas samun


Penjenayah tertinggal MyKad selepas samunAbdul Ghafar (tengah) menunjukkan barang kes dan gambar penjenayah yang dikehendaki pada sidang media di IPK Kedah, di Alor Setar, semalam.
Polis percaya penemuan kad pengenalan diri boleh bantu kesan 4 suspek


Alor Setar: Polis percaya dapat mengesan empat penjenayah yang menyamun barang kemas dan wang tunai bernilai RM20,000 berikutan penemuan MyKad, dipercayai milik suspek dalam kereta yang ditinggalkan di Kampung Sungai Baru, Alor Janggus di sini, kelmarin. 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghaffar Rajab, berkata kad pengenalan itu ditemui di dalam PROTON Iswara yang ditinggalkan kumpulan penyamun terbabit tidak jauh dari rumah mangsa apabila mereka melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, pada jam 5 pagi.

Pemilik MyKad itu adalah N Sivakumar, 35, beralamat di No 84, Jalan PJS AO/24A, Taman Seri Subang, Petaling Jaya, Selangor. 


“Kita percaya pemilik MyKad itu seorang daripada empat suspek yang melarikan barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM20,000 dalam kejadian samun di Alor Janggus. 


Miliki rekod jenayah lampau 


“Semakan juga mengesahkan lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam. 

Abdul Ghafar berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, polis menahan dua lelaki berusia 33 dan 38 tahun di sekitar bandar raya ini, kira-kira enam jam selepas kejadian samun itu. 

“Kita percaya dua lelaki yang juga penganggur termasuk seorang daripadanya mempunyai dua rekod jenayah lampau mempunyai kaitan dengan empat suspek samun itu,” katanya. 


Direman tujuh hari 


Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan dua suspek yang ditahan itu direman tujuh hari bermula semalam. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Bee Anak Amba, di talian 012-4899429 atau 04-7321222.

Credit: Zuliaty Zulkiffli

Sunday, 26 May 2013

Pejuang Islam si kulit hitam, Malcolm X


Pejuang Islam si kulit hitam, Malcolm X
Insiden Malcom ditembak ketikq berucap di Audubon Ballroom, Manhattan.
 El-Hajj Malik El-Shabazz
El-Hajj Malik El-Shabazz
MALCOLM X atau nama Islamnya, El-Hajj Malik El-Shabazz merupakan tokoh penting ketika era Hak Asasi Awam di Amerika Syarikat (AS).

Ketegasannya dalam menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat kulit hitam mengundang ketakutan kepada kumpulan majoriti kulit putih di seluruh AS.

Bagaimanapun, Malcolm mula berlembut sedikit dengan masyarakat kulit putih sejurus meninggalkan pergerakan Nation of Islam yang menyebarkan ajaran sesat kepada etnik kulit hitam.

Dalam pertengahan Februari, 1965, Malcolm ditembak mati sewaktu majlis ucapannya dibom dipercayai perbuatan ahli pergerakan Nation of Islam.

Namun, sehingga ke hari ini Malcolm X masih hidup menerusi buku autobiografi yang menceritakan perihal idea-idea yang disebarkan dan keghairahannya untuk memperjuangkan Islam yang sebenar selain misinya untuk mengeluarkan masyarakat kulit hitam daripada cengkaman perhambaan.

Dipenjara
Malcolm pernah dihukum penjara selama 10 tahun sewaktu berusia 20 tahun dalam Januari 1946 kerana kesalahan memecah masuk, membawa senjata api dan merompak.

Anak muda berdarah panas dan masih lagi mencari arah tujuan hidup itu turut digelar ‘syaitan’ kerana sering membantah tuhan serta Bible sewaktu di Penjara Negeri Charlestown.

Pada 1948, keluarga Malcolm memeluk Islam dan saudara lelakinya, Reginald telah menghantar sepucuk surat kepadanya meminta adiknya itu menyertai pergerakan Naton of Islam.

Susulan itu, Malcolm mula mempelajari ajaran Islam diperkenalkan oleh seorang pengasas gerakan Islam Afrika-Amerika, Nation of Islam, Elijah Muhammad.

Kakak tirinya, Ella turut membantu memindahkannya ke koloni penjara berkawalan rendah di Norfolk, Massachusetts di mana Malcolm dapat menumpukan lebih dalam mendalami ilmu Allah SWT selain mendekati sejarah serta falsafah Nation of Islam.  

Pertama kali Malcolm mengenali Muhammad ialah semasa berada di penjara di mana beliau mengutus surat kepada pemimpin setiap hari.

Selepas dibebaskan daripada tahanan parol pada 7 Ogos, 1952, Malcolm memutuskan untuk menambah baik nilai dirinya dengan membeli beg bimbit, sepasang cermin mata dan seutas jam tangan.

Bertemu jalan Islam
Setelah bebas daripada hukuman penjara selama lebih lapan tahun, Malcolm mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Muhammad di Chicago.

Di situlah, beliau menerima gelaran sebagai Malcolm X yang bermaksud penolakan terhadap nama perhambaannya.

“’X’ adalah simbol menunjukkan betapa aslinya nama keluarga Afrika itu yang tidak mungkin semua orang tahu.
Bagi saya, ‘X’ menggantikan nama dan gelaran yang diberikan oleh tuan berkulit putih iaitu ‘Little’ yang mana nam itu sendiri pernah digunakan oleh beberapa lelaki kulit putih bermata biru dan pernah menyusahkan nenek moyang saya,” kata Malcolm.  
Pada 1953, beliau dilantik sebagai pembantu menteri Islam di bawah pimpinan Muhammad.
Namun, ajaran Muhammad turut menyumbang pandangan bersikap rasis sehingga Malcolm berubah menjadi terlalu keras terhadap perbezaan kasta serta berpendapat bahawa golongan kulit putih adalah iblis. Malah beliau, meletakkan Muhammad sebagai individu paling terhormat susulan penerapan bahawa lelaki itu adalah utusan Allah SWT.
Bagaimanapun, Malcolm masih tidak sedar bahawa ajaran yang dibawa Muhammad terpesong dengan Islam sebenar selepas membezakan kehormatan dan hinanya seseorang itu berdasarkan kasta serta mengangkat Muhammad sebagai perutusan tuhan walaupun hakikatnya tiada lagi perutusan Allah SWT iaitu manusia bergelar nabi sesudah wafatnya Nabi Muhammad SAW.

Sepanjang perjuangannya memperluaskan gerakan Nation of Islam, Malcolm kerap mendengar khabar angin mengenai hubungan skandal Muhammad bersama beberapa setiausahanya.

Mengikut dasar gerakan, aktiviti mungkar seperti berzina amat ditegah dan Malcolm sama sekali tidak percaya dengan gosip tersebut.

Namun, panas tidak sampai ke petang apabila akhirnya Muhammad mengakui kebenaran gosip itu.
Pada 1963, sejurus menamatkan khutbahnya, Malcolm diminta mengulas mengenai isu pembunuhan Presiden AS, Jonh F. Kennedy.

Dengan sinis, beliau berkata, ini adalah kes ‘ayam pulang ke reban’ yang menyamai kegagalan menangani keganasan oleh Kennedy dan akhirnya memakan dirinya sendiri.

Bagaimanapun, komen itu mendapat reaksi negatif daripada jutaan rakyat AS yang amat sayangkan Kennedy dan memaksa gerakan Nation of Islam mengenakan hukuman kepada Malcolm.

Akibatnya, Malcolm diharamkan memberi khutbah selama enam bulan.

Kepalsuan Nation of Islam
Dalam 1964, Malcolm mengumumkan perpisahan dengan Nation of Islam dan menubuhkan gerakan sendiri iaitu Muslim Mousque. Inc.

Pada musin bunga 1964, Malcolm berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Haji di kota Makkah.

Menurut Malcolm, sepanjang perjalanan ke Makkah, beliau seperti bangun dari mimpi dan ibadah Haji mengubah corak kehidupannya menjadi seorang Islam sebenar dan bukannya pengikut telunjuk Elijah Muhammad.

“Sejurus menjejakkan kaki ke Baitullah, Allah SWT memberi petunjuk kepada saya dan mengubah kepercayaan terhadap sekatan perhubungan antara kaum.

“Malah saya telah sedar akan kepalsuan Nation of Islam. Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan menganugerahkan pandangan baru selama di tanah suci.
“Saya melihat hal yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat di mana semua kasta dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa menyekutukanNYA.

“Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi kerana sekarang saya tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan bangsa Negro.

“Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahawa kebencian membabi buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang Negro,” katanya.

Sebaik sahaja pulang ke negaranya, Malcolm terus memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organisasi Persatuan Afro-Amerika Organization of Afro-American Unity.
Di sana beliau berkhutbah mengenai toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.

Detik dibunuh
Susulan pengumuman keluar daripada gerakan Nation of Islam, Malcolm mendapat kritikan dan tentangan hebat daripada pimpinan serta ahli gerakan itu.

Malah, gerakan itu turut mengeluarkan arahan membunuh Malcolm.

Pada 14 Februari, 1965, rumahnya di New York dilempar dengan bom api oleh Nation of Islam, tetapi Malcolm dan keluarganya terselamat.

Seminggu kemudian pada 12 Februari, di Audubon Ballroom, Manhattan, Malcolm baru sahaja memulakan ucapannya apabila kekecohan berlaku dalam himpunan 400 orang.
Seorang lelaki menjerit, “Get your hands off my pockets! Don’t be messin’ with my pockets!” dan seorang kulit hitam meluru ke hadapan dan menembak dada Malcolm.
Dua orang lagi yang bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ke arah beliau.
Tiga lelaki ditahan atas tuduhan membunuh dan kesemuanya adalah ahli Nation of Islam iaitu Talmadge Hayer, Norman 3X Butler, dan Thomas 15X Johnson.

TRIVIA
-Dilahirkan sebagai Malcol Little pada 19 Mei 1925, di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat.
-Ayahnya, Earl adalah seorang paderi Baptist dan penyokong kepada aktivis pan-Afrika, Marcus Garvey dan telah dibunuh di Lansing, Michigan dalam 1931.
-Malcolm mendedahkan kematian ayah dan saudara lelakinya disebabkan keganasan masyarakat kulit putih termasuk seorang dihukum bunuh tanpa perbicaraan.
-Malcolm berhenti dari sekolah menengah dan berpindah ke Boston.
-Bekerja sebagai pengilat kasut di sebuah kelab malam, Lindy Hop (pernah mengilat kasut Duke Ellington dan pemuzik kulit hitam terkenal).
-Berpindah ke Harlem, New York dan terlibat dalam pengedaran dadah, perjudian, pelacuran, memeras ugut dan merompak serta sanggup berlakon sebagai orang gila untuk mengelakkan dari dihantar menyertai kerahan tenaga Perang Dunia II.
-Berkahwin dengan Betty Shabazz pada 1958.
-Dikurniakan enam anak iaitu, Attallah Shabazz, Qubilah Shabazz, Ilyasah Shabazz, Gamilah Lumumba Shabazz, Malikah Shabazz dan Malaak Shabazz.
-Pengasas gerakan politik Black nasionalisme, pan-Afrika.
-Memeluk Islam selepas pulang dari menunaikan Haji
-Disahkan meninggal dunia kerana kecederaan tembakan pada 21 Februari, 1965 (39 tahun) di New York.

Credit: Nurbaya Abdul Rezak/Sinar Harian.