Tuesday, 22 October 2013

Seorang maut, 435 bangunan rosak akibat gempa bumi di Aceh

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 435 bangunan termasuk rumah dan bangunan kemudahan awam rosak akibat gempa bumi berkekuatan 5.6 pada skala Richter menggegarkan Aceh, semalam.
Pihak berkuasa berkata, seorang penduduk dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung semasa gempa yang berlaku pada tengah hari itu.
Gegaran kuat gempa bumi selama lapan hingga 10 saat itu yang dirasakan di beberapa daerah dan bandar di Aceh, menyebabkan penduduk cemas dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 16km ke Barat Daya daerah Aceh Besar atau 32km ke Tenggara Kota Banda Aceh.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, tiga daerah kecil iaitu Tangse, Mane dan Geumpang, dalam daerah Pidie terjejas teruk akibat kejadian gempa itu.
Data menunjukkan di Tangse, seorang penduduk bernama Pidie meninggal dunia akibat serangan jantung, tiga cedera, manakala bangunan rosak melibatkan 368 rumah, sembilan masjid, 13 sekolah, dua jambatan serta tiga pejabat kerajaan.
Pihak berkuasa menghantar pasukan bantuan ke kawasan terjejas untuk menangani bencana itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment