Tuesday, 22 October 2013

Pemisah Sepanyol dipenjara 3,800 tahun dibebas

Inès del Rio, une etarra bientôt libre
Ines del Rio Prada 


MADRID 23 Okt. - Mahkamah Kebangsaan Sepanyol, semalam memerintahkan seorang anggota puak pemisah ETA Basque yang dijatuhi hukuman penjara lebih 3,800 tahun kerana terbabit dalam 24 kes pembunuhan dibebaskan.

Angeles Pedraza -- president of the Association of Victims of Terrorism (AVT) -- gives a press conference in Madrid, on October 21, 2013, to denounce a decision of the European Court of Human Rights to release ETA militant Ines Del Rio Prada

Pembebasan itu ekoran keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah sehari sebelumnya yang memutuskan bahawa wanita itu yang dipenjara sekitar 1980-an ditahan terlalu lama.



Keputusan mahkamah Eropah itu boleh memaksa Sepanyol untuk membebaskan 60 lagi anggota pemisah ETA, tujuh anggota kumpulan GRAPO dan 14 penjenayah biasa.

  

Ines del Rio dijatuhi hukuman penjara selama 3,828 tahun kerana kesalahan berkaitan keganasan termasuk pembabitannya dalam satu pengeboman yang mengakibatkan 12 anggota polis terbunuh pada 1986. - DPA

No comments:

Post a Comment