Thursday 17 October 2013

30 juta penduduk dunia jadi hamba

china_slavery.jpg
Dua buruh kanak-kanak diselamatkan di Dongguan, China

LONDON 17 Okt. - Hampir 30 juta orang di seluruh dunia hidup dalam perhambaan dan kebanyakan mereka adalah lelaki, wanita serta kanak-kanak yang menjadi mangsa penyeludupan manusia.

Dozens of slave children ride in the back of a police vehicle after they were apprehended at Seme Border, Nigeria. Much slavery in Nigeria and neighboring Benin involves the trafficking of women and children for sexual exploitation, domestic work or forced labor.
Buruh kanak-kanak yang diselamatkan di Nigeria berada dalam trak polis disempadan berhampiran Benin.

Menurut laporan index perhambaan global yang dikeluarkan oleh sebuah badan antihamba, Yayasan Walk Free hari ini, sebanyak 162 negara terlibat dalam masalah perhambaan.

A group of Pakistani bonded laborers including women and children sit with their belongings after their release in a village Kahpro, some 280 kilometers east of Karachi. The country, with large populations of displaced people and weak rule of law, has an estimated 2.2 million slaves.
Sekumpulan buruh paksa yang dibebaskan di kampung Khpro, 280km timur Karachi. 2.2 juta orang menjadi hamba

Index itu mendapati sebanyak 10 negara menyumbang sebanyak 76 peratus daripada 29.8 juta penduduk yang hidup dalam perhambaan.
Antara negara itu ialah India, China, Pakistan, Nigeria, Ethiopia, Rusia, Thailand, Republik Demokratik Congo, Myanmar dan Bangladesh.



Seorang pengkaji, Kevin Bales berkata, index itu diharap dapat meningkatkan kesedaran umum tentang diskriminasi, dan menggesa kerajaan semua negara mengambil inisiatif untuk mengekang masalah itu.

Bales menolak faktor kemiskinan sebagai punca masalah perhambaan, sebaliknya menuduh gejala rasuah sebagai pendorong utama.

Laporan itu juga menyebut Mauritania di Afrika Barat mencatat kadar perhambaan tertinggi iaitu sebanyak 160,000 daripada 3.8 juta populasinya.



Manakala, jumlah keseluruhan perhambaan tertinggi dicatat oleh India iaitu sebanyak 14 juta dan diikuti China dengan tiga juta orang.

Myanmar construction workers carry baskets of stone during the construction of a road in Naypyidaw in 2006. Despite the UN's labor agency lifting restrictions against Myanmar this year over its failures to act on complaints of forced labor, around 380,000 people remain enslaved in the country, according to the Global Slavery Index.
Wajah-wajah duka di Myanmar

Iceland, Ireland dan Britain turut tersenarai antara negara yang mengamalkan perhambaan, biarpun indexnya rendah.



Kebanyakan mangsa perhambaan bekerja sebagai pelacur, buruh paksa dengan dibayar gaji yang rendah. - REUTERS

No comments:

Post a Comment