Thursday, 10 October 2013

Banduan paling lama dipenjara akhirnya jalani hukuman mati

Edward Schad.
WASHINGTON - Seorang banduan paling lama dipenjara di sebuah penjara di Arizona, Edward Schad, 71, menjalani hukuman mati semalam selepas lebih 30 tahun dijatuhi hukuman tersebut.
Jurucakap jabatan penjara, Doug Nick berkata, Schad diisytihar mati selepas disuntik dengan sejenis cecair pentobarbital pada pukul 10.12 pagi waktu tempatan.
Edward Schad arizona death chamber
“Akhirnya selepas 34 tahun saya bebas,” kata Schad.
Schad dijatuhi hukuman itu pada tahun 1980 selepas didapati bersalah membunuh Lorimer "Leroy" Grove, 74.
Dia ditahan sebulan selepas kejadian di kawasan kejiranan Utah dengan memiliki kad kredit dan kereta milik mangsa. - AFP

No comments:

Post a Comment