Thursday, 3 October 2013

Lelaki dakwa rakam gambar Bigfoot

Imej dirakamkan John Stoneman, menunjukkan sepasang makhluk gergasi bertubuh 
hitam dipercayai Bigfoot yang dilihat di Taman Negara Kinzua, berhampiran Bradford, 
Pennsylvania, baru-baru ini. - AGENSI

PENNSYLVANIA 3 Okt. - Seorang lelaki mendakwa berjaya merakam imej sepasang Bigfoot di Taman Negara Kinzua semasa melalui jalan raya berhampiran Bradford, di sini baru-baru ini.

John Stoneman, 57, berkata, dia mengesan kelibat makhluk mitos itu semasa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Festival Kinzua Bridge Fall bersama teman wanitanya, dua minggu lalu.

 

Katanya, menyedari terdapat susuk tubuh misteri di sebalik hutan itu, dia terus memperlahankan keretanya dan merakam beberapa gambar makhluk berkenaan menerusi kameranya dari jarak 182 meter.

"Saya sendiri ragu-ragu, saya bukannya seorang yang mempercayai kewujudan makhluk itu. Namun, ia bukannya seekor beruang dan anda boleh lihat bulunya.



"Mahkluk itu mempunyai bahu yang agak luas. Ketika gambarnya dirakam, ia berdiri dan saya percaya ketinggiannya mencapai 2.1 meter. Cara mahkluk itu berdiri sama seperti manusia, tidak ubah seperti Bigfoot,'' katanya.

Stoneman berkata, dia terpaksa meneruskan pemanduannya kerana banyak kereta di belakangnya bergerak perlahan kerana tindakannya merakam gambar makhluk itu.

    

Katanya, ada di antara rakannya menganggap gambar itu adalah akar kayu, namun ia tiada di situ sewaktu dia kembali semula ke lokasi berkenaan.

"Kawasan ini memang dikenali sebagai tempat untuk melihat Bigfoot, namun baru kali ini saya berpeluang melihatnya, walaupun saya sering ke situ untuk berburu dan mendaki,'' katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment