Wednesday, 16 October 2013

8,613 calon duduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malayasia (STAM) mulai Isnin ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,613 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula pada 21 hingga 23 Oktober dan 28 hingga 29 Oktober, di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, sebanyak 4,094 calon adalah dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan, 2,601 calon sekolah menengah agama negeri, 685 calon sekolah menengah agama rakyat, 48 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian dan 1,185 calon persendirian.
Semua calon dinasihat merujuk kepada jadual waktu peperiksaan bagi maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Jadual peperiksaan juga telah diedarkan ke sekolah dan turut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan itu, semua calon juga diingatkan membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.
Seramai 804 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. - Bernama

No comments:

Post a Comment