Tuesday 1 October 2013

Jumlah penduduk dunia dijangka naik kepada 9.7 bilion pada 2050

PARIS: Jumlah penduduk dunia dijangka meningkat kepada 9.7 bilion pada 2050 berbanding angka ketika ini iaitu 7.1 bilion dan India akan mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk, kata kajian di Perancis hari ini.

Laporan Institut Kajian Demografi Perancis (Ined) meramalkan jumlah manusia adalah kira-kira 10 dan 11 bilion pada penghujung abad.


Ramalan itu adalah selari dengan jangkaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia dan institut terkemuka yang lain. - AFP 

No comments:

Post a Comment