Saturday, 19 October 2013

Kucing hilang 724km dari rumah

King of the road: Runaway cat found 400 miles away
KUCING bernama Pablo yang hilang sejak setahun lalu, ditemukan di Scotland kira-kira 724 kilometer 
dari rumah pemiliknya di Brockley, selatan London. - AGENSI

LONDON 18 Okt. - Seekor kucing yang hilang sejak setahun lalu akan dipertemukan semula dengan tuannya selepas dijumpai di Scotland, 724 kilometer dari kediaman asalnya di sini.

Kucing belang berusia sembilan tahun bernama Pablo itu hilang di Brockley, selatan London Oktober tahun lalu, menyebabkan pemiliknya, Siobhan Campbell berputus asa dan menganggap ia telah mati.

Miles: Nine-year-old silver tabby Pablo disappeared from Brockley, south London, last October and was found in Rosyth, Fife

Bagaimanapun minggu lalu, kucing itu ditemukan di sebuah cawangan bank TSB di Rosyth, kawasan perbandaran Fife, Scotland setelah belajar bagaimana untuk mengaktifkan pintu automatik premis berkenaan.

Kakitangan bank yang terkejut, menyedari kehadiran tetamu baharu mereka selepas ia terlelap di atas kerusi.

Mereka menyerahkan Pablo kePusat Perlindungan Kucing yang kemudiannya memeriksa mikrocip pada haiwan itu dan mendapati bahawa ia telah berada sejauh 724 kilometer daripada kediaman asalnya.

The travelling tom disappeared from his home in Lewisham last October and has been missing so long his owners thought he was dead

Ibu Campbell, Kate Partridge berkata, dia seolah-olah tidak percaya bila mendengar perkhabaran tentang Pablo sejurus menjawab panggilan telefon dari pusat berkenaan.

Sebelum Pablo hilang, kucing itu amat dikenali di Brockley kerana sering duduk di jalan raya, mengakibatkan pengguna jalan raya terpaksa mengelak daripadanya.

Bukan setakat itu, anjing turut mengelak daripada bertembung dengannya.



Pablo turut dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Betty dan Fluffy serta sering mengunjungi beberapa rumah lain untuk mendapatkan makanan.

Kakitangan Pusat Perlindungan Kucing kini merancang untuk membawa pulang Pablo ke London untuk dipertemukan semula dengan Campbell dan Partridge.

But last week the cat strolled into a branch of TSB bank in Rosyth, Fife, after learning how to activate the automatic door

Pablo menjadi sebahagian daripada keluarga Campbell selepas memasuki rumah mereka lapan tahun lalu untuk mendapatkan makanan sebelum menghilangkan diri. - AGENSI

No comments:

Post a Comment