Monday, 14 October 2013

Aidiladha, memahami erti pengorbanan hakiki

INSYA ALLAH pada hari Selasa 15 Oktober 2013, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut salah satu hari yang paling besar keberkatannya.
Nak tahu apa hari itu? Sudah semestinya Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut meriah pada 10 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan 15 Oktober 2013 akan datang.

Setelah setahun meninggalkan kita, maka tirai hari raya korban akhirnya muncul semula.

Pada hari yang mulia itu, umat Islam di seluruh dunia mengucapkan takbir memuji kebesaran-Nya, di samping mensyukuri segala nikmat dan kesempatan yang diberikan untuk turut sama menyambut Aidiladha.

Dari kisah Habil dan Qabil yang merupakan manusia pertama melakukan penyembelihan atau pengorbanan binatang dan begitu juga pengorbanan manusia di muka bumi ini sehingga kisah Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as melakukan pengorbanan diteladani setiap umat Islam demi menghayati 'ruh pengorbanan' yang ada pada hari tersebut.

Generasi-Y hari ini perlu bersedia fizikal dan mental untuk melakukan pengorbanan dari segi jiwa dan rohani dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Tambahan pula, ketika usia menginjak ke alam dewasa, pelbagai tuntutan tanggungjawab perlu digalas golongan ini sebagai seorang pelajar, pekerja, anak, suami atau isteri mahupun bapa atau ibu bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Namun begitu, jangan kita lupa dengan tanggungjawab utama sebagai hamba-Nya untuk mengajak manusia melakukan segala suruhan serta meninggalkan segala larangan-Nya.

Semoga Aidiladha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Marilah kita melangkah ke masjid bersama-sama bertasbih, bertahmid dan bertakbir untuk meraikan hari kemenangan ini. 



Credu: SYAHRIL

No comments:

Post a Comment