Google+ Followers

Tuesday, 1 October 2013

462,940 calon duduki PMR mula Rabu



PUTRAJAYA 1 Okt. - Sebanyak 462,940 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berdaftar untuk tahun 2013 akan menduduki peperiksaan itu pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober ini di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataannya di sini hari ini menyebut, 3,530 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,766 petugas dilantik bagi memastikan ia berjalan lancar.

Menurut kenyataan itu, calon-calon tersebut membabitkan 430,146 orang dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan contoh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebanyak 6,024 calon.



"Calon sekolah menengah agama negeri sebanyak 9,906 orang, calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian 13,637 orang, calon persendirian 1,008 orang manakala calon sekolah menengah agama rakyat 2,219 orang,'' katanya kenyataan tersebut.