Wednesday, 23 October 2013

Pegawai operasi wanita bank maut ditembak dalam rompakan pengawal keselamatan

Foto
SEORANG pegawai operasi sebuah bank di Subang Jaya, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2, petang tadi. Gambar kecil Norazita Abu Talib. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Subang Jaya: Seorang pegawai operasi sebuah bank di sini, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pegawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2, petang tadi.



Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, yang sudah berkhidmat 16 tahun dengan bank berkenaan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek. 

Photo: Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya.

Mangsa kerja sebagai operation officer ambank nama Norazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23/10/13 jam Lebih kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada 
saspek BERNAMA : Ardi bin Hamza Umur: 37thn , beralamat Jalan Apas Batu 2, no70 Tawau sabah, senjata jenis pump gun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yang tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal.

Pihak forensik IPK Selangor telah dimaklumkan dan dalam perjalanan.Semasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.

"Checks on his I.C. reveal that it was a fake. We are going to look into this more and find out how he was employed with a fake I.C," 

Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/23/security-guard-shoots-woman-in-head.aspx

Ketika kejadian, mangsa bersama suspek berusia 37 tahun serta tiga lagi pekerja wanita bank berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi. 


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Foto
GAMBAR suspek yang diambil daripada CCTV.

Suspek yang berjaya mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

No comments:

Post a Comment