NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, satu daripada lapan orang di dunia mengalami kelaparan yang kronik sepanjang dua tahun lalu.
Agensi Makanan PBB dalam laporan yang diedarkan berkata, kira-kira 842 juta orang tidak mendapat makanan yang mencukupi dalam tempoh 2011 hingga 2013.
Perangkaan itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding kajian terdahulu pada 2010-2012 apabila 868 juta orang mengalami kelaparan.
Program Makanan PBB, Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Dana bagi Pembangunan Pertanian berkata, kebanyakan yang lapar itu adalah di negara mundur tetapi 15.7 juta yang alami kelaparan kronik tinggal di negara sedang membangun. - AP

No comments:
Post a Comment