Thursday, 31 October 2013

Pocong sudah boleh mengundi

Kalimantan: Seorang penduduk Kalimantan Barat, Pocong akhirnya diiktiraf pengundi sah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) selepas mengesahkan lelaki itu benar-benar wujud.
Nama Pocong dimasukkan dalam senarai pengundi bagi pilihan raya tahun depan selepas pegawai di Singkawang membuat bantahan rasmi kepada KPU di Jakarta yang enggan memasukkan namanya kerana menganggapnya sebagai gurauan. 
“Pegawai kami di Singkawang menunjukkan gambar Pocong bersama mereka,” kata Pengerusi KPU Husni Kamil Manik pada seminar di Jakarta Isnin lalu. 

“Mereka turut memberi kad keluarga Pocong untuk menyokong kewujudannya,” katanya.

Pocong ialah karakter paling popular dalam cerita seram masyarakat Indonesia. Ia sejenis hantu berbungkus kain kafan yang kerap digambarkan menghantui penduduk.

Keputusan dibuat ketika KPU bertungkus-lumus mengemaskini senarai pengundi yang akan diterbitkan minggu depan. 

Pada masa lalu, kesilapan biasa yang dibuat pegawai KPU tempatan termasuk nama sama, nama orang yang sudah mati atau tak wujud dikatakan direka oleh pegawai parti politik tertentu dengan tujuan untuk menipu dalam pilihan raya. - AFP

Tergergaji kantung zakar

Beijing: Seorang pekerja binaan di Shunde di wilayah Guandong cedera teruk selepas tergergaji kantung zakarnya dengan gergaji elektrik ketika memotong kayu.
Pekerja itu yang masih dirawat di sebuah hospital di Guangdong berkata, dia tiba-tiba merasa sakit pada kemaluannya tetapi tidak tahu puncanya. 
Selepas menyedari dia tergergaji kantung zakarnya, dia pengsan. 

Lelaki itu, Chen yang berusia 40-an berkata, dia mencangkung sambil gergaji kayu.

Melihat dia rebah ke tanah dengan seluar berlumuran darah, rakan sekerjanya serta-merta menghantarnya ke hospital. Rakannya juga terkejut melihat satu daripada buah zakar Chen terjatuh di sebelahnya.

Doktor di hospital berkenaan berkata, ini kali pertama mereka berdepan dengan kes seumpama itu. 

Kantung zakarnya terkoyak sepanjang tiga sentimeter, menyebabkan buah zakarnya jatuh. 

Mujur selepas menjalani pembedahan beberapa jam, buah zakar Chen dapat dimasukkan semula. - Agensi

Berbual, sikat rambut mayat isteri 36 hari

Berbual, sikat rambut mayat  isteri 36 hariRumah di Taman Damai Perdana, Cheras tempat seorang lelaki menyimpan mayat isterinya selama 36 hari.

Kajang: Bagi membuktikan cintanya kepada isteri, seorang lelaki tidak sanggup berpisah, malah tetap menyimpan selain melayan mayat wanita kesayangannya. 

Beliau bukan saja menyembunyikan kematian isterinya selama 36 hari, malah dia turut menyikat rambut mayat itu setiap hari kerana menyintai wanita itu. 


Kematian Lim Ah Tee, 42, disembunyikan daripada pengetahuan anak tunggal mereka lebih sebulan dengan menyatakan ibunya sakit dan berehat di dalam bilik di tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana di sini. 


Perbuatan terbongkar 

Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung kediaman mereka Sabtu lalu dan menasihatkan adik iparnya melaporkan kejadian kepada pihak polis. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suami Ah Tee, Wong Tuck Wei, 40, membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk. 

“Apa yang peliknya tiada ulat ditemui pada mayat ketika pemeriksaan forensik dibuat. Hanya seekor kumbang ditemui. Keadaan mayat sudah mereput dan daging tertanggal daripada kulit sehingga tinggal tengkorak. 
“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Katanya, dalam keterangannya Tuck Wei mendakwa bersembang dengan mayat itu yang diletakkan di atas kerusi menghadap ke luar tingkap setiap hari sambil menyikat rambutnya.

Wednesday, 30 October 2013

Suburkan semangat hijrah

IKTIBAR daripada hijrah Nabi Muhammad SAW adalah kejayaan dan kemajuan umat Islam yang diasaskan atas dasar perjuangan dan kekuatan umatnya melalui semangat pengorbanan dan perpaduan sebagaimana yang terkandung dalam peristiwa hijrah Nabawiah.

Hakikat perjuangan dan perpaduan yang dipelopori oleh Rasulullah SAW telah menjadikan umat Islam sebagai ummah yang kuat, progresif, maju dan disegani oleh musuh-musuh Islam.

Akhirnya setelah sekian lama umat Islam menjadi umat contoh, memiliki kekuasaan, pembawa obor tamadun dan kemajuan ilmu pengetahuan, mereka mulai lalai dan cuai dengan nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT.

Satu demi satu negara Islam telah jatuh dan mundur dibolot oleh musuh-musuh Islam. Semangat perjuangan agama telah digantikan dengan perjuangan politik dan kepentingan peribadi yang merugikan rakyat dan bangsa.

Ditambah pula dengan masalah yang menekan jiwa umat Islam kini seperti kefahaman Islam yang cetek, timbulnya bermacam-macam fatwa, penyelewengan akidah, mengasingkan diri daripada urusan dunia, gejala sosial, ekonomi, politik, perpecahan keluarga dan sebagainya.

Islam akhirnya dipermain-mainkan oleh musuh Islam yang sentiasa mencari peluang untuk memusnahkannya.

Walau bagaimanapun kini telah timbul kesedaran di kalangan umat Islam untuk mengambil berat dan memikirkan mengenai masalah yang dihadapi umat Islam di serata dunia. Mereka telah bangkit berusaha bersungguh-sungguh agar umat Islam tidak terus ketinggalan dalam pelbagai kemelut.

Semangat hijrah membawa pengertian yang luas, keluar daripada gelanggang yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil, antara yang benar dan salah serta berada dalam dimensi rahmat dan keredaan Allah SWT.

Dengan sifat-sifat ini kejayaan dan kemajuan ummah akan berhasil daripada pertolongan Allah SWT. Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka. (ar-Ra'd: 11)

Apabila Nabi SAW berada di Madinah, perkara pertama yang dibuat ialah membina Masjid Quba'. Ini menunjukkan bahawa peranan masjid amat penting dalam pembinaan ummah, di samping mentauhidkan dan memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Selepas itu Baginda menyatupadukan golongan Ansar (Madinah) dengan Muhajirin (Mekah). Nabi SAW juga mengikat janji setia dengan golongan Yahudi Madinah, tetapi kemudiannya melanggar dan mencerobohi perjanjian itu.

Apabila umat Islam mempunyai inisiatif untuk mengubah nasib diri mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti menjelma iaitu daripada kehinaan, kerendahan dan ketinggalan kepada puncak kemuliaan dan kejayaan.

Pertolongan Allah akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah dan mentauhidkan-Nya. Sebaliknya jika umat Islam masih berdegil dan tidak memperjuangkan agama Allah yang sebenar-benarnya, maka selama itu umat Islam akan berpecah-belah.

Firman Allah SWT bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan menegakkan tapak pendirian kamu. (Muhammad: 7)

Untuk mengubah diri, seseorang itu perlu melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental, dan juga pembangunan fizikal. Pembangunan jiwa adalah suatu proses untuk melahirkan jiwa yang bertakwa, padu dan mantap. Ia merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua ummah.

Ketiadaan jiwa yang takwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh dan cacat. Umumnya manusia menggunakan kecerdasan akal dan fizikal untuk membina tamadun ummah. Justeru, jika ia tidak seimbang, maka akan berlaku kegagalan dan sia-sia belaka.

Untuk tujuan itu, manusia yang merupakan khalifah di muka bumi ini, perlu mantapkan diri dengan perasaan cintakan Allah dengan segala jiwa dan raga. Malah tidak sesekali menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk 
kepercayaan dan akidah yang menyeleweng.

Inilah matlamat hidup mukmin sejati di muka bumi sebelum bertemu Allah di alam akhirat kelak, di mana semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.

Firman Allah bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (az-Zariat: 56)

Pengertian mengabdikan diri kepada Allah adalah melaksanakan semua perintah dan menjauhi larangan-Nya dan juga mengekalkan rasa kehambaan-Nya.

Sementara khalifah pula bererti, manusia dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah ini dalam segala aspek kehidupan merangkumi bidang ekonomi, sosial, perubatan, pertanian, sains, teknologi, pendidikan dan sebagainya.

Oleh itu, kesedaran terhadap tanggungjawab ini yang lahir daripada jiwa seorang mukmin sejati, sudah tentu dapat membawa perubahan kepada pembangunan ummah, seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam sesuai dengan semangat hijrah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW.






Credit: IBRAHIM ABDULLAH

Tuesday, 29 October 2013

32 tahun tak bercukur

Jaipur: Seorang lelaki kelahiran Jaipur di Rajasthan, India kini berbangga kerana tindakannya menyimpan misai selama 32 tahun - tanpa pernah sekali pun dipotong - membolehkan dia terkenal di seluruh dunia.
Hasil kesabarannya itu, Ram Singh Chauhan, 58, memiliki misai sepanjang 4.27 meter (14 kaki).
Kini Ram menganggap misainya itu sebagai “harta paling berharga” untuk dirinya.
Sepanjang 32 tahun menyimpan misai itu, Ram biasanya menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk proses merapi. 
Foto
RAM menghabiskan masa kira-kira dua jam setiap hari untuk merapi misainya.
Atas kelebihan itu juga membuka peluang kepada Ram muncul dalam satu daripada filem James Bond, Octopussy.
Kata Ram, menyimpan misai panjang sama seperti menjaga seorang bayi yang perlu diberi perhatian penuh pada setiap masa.

“Untuk mendapatkan misai sepanjang ini, saya perlu bersabar dan banyak berkorban.

“Ia bukan tugas yang mudah,” katanya.

Setiap pagi, katanya, tugas pertama yang dilakukan ialah melumur misai dengan minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak almond.

Ram tidak menggunakan syampu atau sabun untuk membersihkan misai itu kerana yakin keberkesanan bahan herba.

“Selepas selesai saya menyisir misal ini sehingga kemas dan menggulungnya,” katanya.

Seminggu sekali, kata Ram, dia membuat ‘rawatan’ lain menggunakan kaedah semula jadi.

“Saya tak pernah menggunakan produk komersial,” katanya. 

Ditanya mengenai kegemarannya menyimpan misai, Ram berkata, ia bermula sejak dia berusia belasan tahun. 

Sejak 1970, katanya, dia tidak pernah menggunakan pisau cukur atau menggunting misainya. 

Ketika itu, kata Ram, dia tidak berniat apa-apa pun, malah tidak terfikir untuk memecahkan sebarang rekod.

Katanya, misai adalah sebahagian tradisi penduduk setempat dan dihargai sejak beberapa abad lalu.

“Misai ini simbol kebanggaan dan penghormatan seorang lelaki.

“Pada zaman silam di India, misai adalah segala-galanya,” katanya. 

Selepas mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness, kini Ram berdepan masalah sejak beberapa tahun lalu. 

Katanya, dia risau kerana kadar pertumbuhan misainya mula perlahan.- AFP

6 jenis golongan berilmu tapi rugi

Ilmu pengetahuan sangat penting bagi manusia. Dengannya manusia beroleh kemajuan, kejayaan dan kesejahteraan. Oleh kerana itu, Nabi SAW bersabda mafhumnya: “Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim.”
Ilmu yang wajib ialah ilmu bermanfaat khususnya dalam hubungan manusia dengan Tuhannya yang membabitkan tauhid, ibadat zahir dan batin serta akhlak, seterusnya berkaitan hubungan kemasyarakatan seperti muamalat, munakahat dan hukum jenayah. 
Menurut Ibn Qayyim, ilmu yang wajib diketahui merangkumi empat bidang membabitkan rukun iman, hukum Islam, berkaitan yang haram dan ilmu muamalat. 
Bagi Imam al-Ghazali, ilmu diwajibkan ialah ilmu makrifat iaitu ilmu untuk mengenal Allah, ilmu tasawuf (berhubung dengan ibadat batin seperti ikhlas dan tawakal) serta ilmu syarak (masalah halal dan haram, muamalat, munakahat dan jenayah).
Islam memandang tinggi kepada orang berilmu seperti dijelaskan dalam surah Fathir, ayat 28 maksudnya: “...sebenarnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”
Kalangan ulama, orang soleh dan ahli zuhud memberi perhatian yang lebih kepada ilmu pengetahuan kerana ia adalah inti kepada ibadat dan asas ketaatan kepada Allah. 
Bagaimanapun dalam hal ini, kita janganlah sampai tergolong dalam kalangan mereka yang terpedaya. Menurut huraian al-Ghazali, mereka yang terpedaya terbahagi kepada beberapa golongan iaitu: 
Orang yang berasa dirinya memiliki ilmu makrifat dan mampu melihat Tuhan dengan hatinya, lalu mengganggap dirinya hampir dengan Allah. 
Padahal mereka hanya mengetahui nama-Nya, yang mereka dengar daripada lafaz yang boleh menjadikannya sesat dan keliru. 
Dengan semua itu, mereka beranggapan memiliki ilmu tertinggi daripada kalangan umat sejak awal hingga akhir. Mereka memandang rendah dan menghina ulama, faqih, ahli tafsir dan hadis, lebih-lebih lagi orang awam dianggap sebagai haiwan peliharaan. 
Orang yang hanya cenderung kepada ilmu zahir dan tidak memikirkan ilmu batin. Mereka berasa bangga dengannya dan berfikir berlebihan sehingga beranggapan dirinya mendapat tempat di sisi Allah. 
Mereka menganggap sudah bebas daripada seksaan Allah, malah mampu memberikan syafaat dan dosanya tidak akan dituntut. 
Orang yang tidak beramal dengan ilmunya. Mengetahui semuanya tidak membawa sebarang erti jika tidak diamalkan. Apa gunanya seseorang mengetahui sesuatu ilmu dan cara untuk beribadat jika tidak mengamalkannya. 
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu melainkan hati dan amalanmu.” 
Dalam Kitab Tanbihul Ghafilin, dinyatakan Nabi Isa bin Maryam berkata: “Sesiapa mengetahui (berilmu) lalu diamalkan dan diajarkan, maka itulah orang yang disebut besar di alam malaikat langit.” 
Sesungguhnya malaikat itu takut kepada tiga perkara: orang alim yang fasik, mengajarkan orang apa yang tidak dikerjakannya, tanah perkuburan orang derhaka yang dibangunkan bata dan simen serta mengukir nama pada kubur orang yang derhaka. 
Al-Auzai berkata: “Sesiapa mengamalkan apa yang diketahui, akan diberi taufik untuk mencapai apa yang belum diketahui.” 
Sufyan ats-Tsauri pula berkata: “Ilmu itu yang pertamanya diam, kedua mendengar (memerhati), ketiga mengingat, keempat mengamalkan dan kelima menyebarkannya.” 
Golongan yang menghabiskan waktunya untuk membersihkan diri daripada segala jenis hinaan, tetapi terlalu berlebihan sehingga berterusan mencari aib dirinya dan mengkaji tipu daya dilakukan, yang akhirnya menjadi urusan harian. 
Segala perbuatan mereka terlalu terperinci, sehingga ini aib, itu buruk dan seumpamanya. Orang seperti ini sama keadaannya yang selalu membayangkan dan menghitung bahaya dalam menunaikan ibadat haji dan akhirnya tidak jadi untuk melaksanakannya. 
Orang yang beranggapan sudah memenuhi kewajipan dengan menghadiri majlis ilmu. 

Mereka menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan dan beranggapan bahawa 
mendengar tanpa beramal juga sudah melayakkan mereka untuk mendapat pahala daripada Allah SWT. 
Mereka yang menuntut ilmu hanya untuk menarik perhatian orang dan mengejar kekayaan. Ilmunya tidak akan memberi sebarang manfaat, manakala perniagaannya (pekerjaan) pula tidak akan berhasil, malah hanya menampakkan kerugian. 

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa menuntut ilmu dengan maksud bersaing dengan kalangan ulama, untuk bermujahadah dengan orang jahil atau menarik perhatian orang, dia akan masuk neraka.” 

Justeru, berhati-hatilah ketika menuntut ilmu. Apalah gunanya mempelajari dan mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi semata-mata dengan niat mengumpul kekayaan, pangkat dan darjat, sehingga menyombong diri. 

Demikian juga mereka yang belajar sehingga ke menara gading, sedangkan apabila berkhidmat tidak amanah, menipu dan mengambil rasuah. Malah, tiada yang boleh dibanggakan, andai khidmat bakti bukannya demi agama, nusa dan bangsa. 

Credit: H Metro

Pelajar ditangkap laku seks dalam tandas sekolah


Photo: Pelajar ditangkap laku seks dalam tandas sekolah

Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.


Credit: Harian Metro
Imej: Amin Karim

Terjun jip ular sawa ‘mengamuk’

Terjun jip ular  sawa ‘mengamuk’Anggota JPAM membawa ular sawa rendam menggunakan Land Rover. Gambar kecil, Marjeran (kanan) bersama ular sawa sepanjang 6.5m yang ditangkap di FELDA Kepis, Kuala Pilah, semalam.- Foto Amran Yahya

Kuala Pilah: Dua kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang ditugaskan mengawal seekor ular sawa, terpaksa terjun dari kenderaan mereka apabila reptilia yang diikat kepala dan ekornya tiba-tiba mengganas. 


Ular diikat di belakang 
Ular sawa rendam sepanjang 6.5 meter(m) dan seberat 120 kilogram(kg) yang ditangkap di FELDA Kepis dekat sini, kelmarin, itu terpaksa diikat dan diletakkan di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda kerana terlalu besar untuk dimasuk ke dalam guni. 


Sebaik saja kenderaan itu bergerak, ular yang sebelum itu ‘diam’ kekenyangan selepas dipercayai menelan seekor babi hutan bertindak agresif hingga bangku panjang kenderaan itu tercabut. 

Dua kakitangan terbabit terpaksa melompat dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri. 

Sebaik kenderaan itu berhenti, mereka dibantu dua kakitangan lain mengikat kepala ular itu dengan tali bagi mengelakkan kejadian sama berulang. 


Tarik sejauh 100m 

Ketua operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata empat kakitangan yang tiba di penempatan itu pada jam 12.15 tengah hari, sukar mengangkat ular terbabit. 

“Disebabkan kenderaan JPAM tidak boleh dibawa hingga ke tempat ular itu ditemui, kami dengan bantuan beberapa peneroka terpaksa mengikat tali pada reptilia itu dan menariknya sejauh 100m,” katanya. 

Katanya, ular terbabit akan diserahkan kepada Taman Ular Sawa Ulu Bendul dekat sini. 

Sementara itu, seorang peneroka, Leman Jamal, 64, berkata beliau terkejut menemui ular sawa itu dalam parit ketika membersihkan kebun untuk tanaman semula kelapa sawit, pada jam 12 tengah hari. 

“Saya terperanjat melihat ular sawa itu dalam keadaan bergulung di paya dekat kebun, lalu segera memanggil penyelia projek tanam semula, Hafiz Mahmud, yang kemudian menghubungi JPAM,” katanya. 

Katanya, pada tahun lalu reptilia sama yang panjangnya hampir 7.4 meter dan berat 140 kilogram, ditangkap di FELDA berkenaan. 


Credit: Amran Yahya

Akaun Facebook suspek bunuh jadi perhatian

Akaun Facebook suspek jadi perhatianFacebook Ardi Hamzah, suspek kes tembak pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Kuala Lumpur: Akaun Facebook, dipercayai milik Ardi Hamza, 37, suspek utama pembunuhan kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, menjadi perhatian orang ramai sejak kelmarin. 

Laman berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela itu, menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan pada Rabu lalu.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis yang turut memantau, percaya akaun Facebook terbabit milik suspek. 



Berdasarkan semakan BH terhadap laman itu, pemiliknya memuat naik status terakhir, dua hari sebelum pembunuhan terbabit, dengan tulisan, “Jum Blik kampung kita.... mat mlam all” (jom balik kampung kita, selamat malam semua). 


Sehingga jam 9 pagi semalam, seramai 186 pelayar internet berkongsi status terakhir lelaki itu sambil mengecam pembunuhan yang dilakukan dan mengajak orang ramai membantu polis menjejaki suspek. 



Tunjuk gambar pakai seragam pengawal 

Himpunan gambar yang disimpan dalam akuan itu antara lain menunjukkan suspek memakai seragam pengawal keselamatan, lengkap memegang senjata api jenis Pump Gun dan dipercayai dirakamkan ketika bertugas di bank. 




Antara gambar lain yang dimuat naik lelaki itu termasuklah lebih tiga keping gambar longgokan wang tunai dan aktivitinya bersama rakan ketika bersenam dalam gimnasium. 

Berdasarkan bahasa digunakan pada status dan kebanyakan komen dalam laman itu, menunjukkan pemilik akaun terbabit berasal dari Indonesia, sekali gus menguatkan lagi kenyataan polis sebelum ini bahawa suspek berasal dari Sulawesi, Indonesia. 

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya, jam 6.20 petang Rabu lalu, Norazita, 37, yang juga Pegawai Operasi Ambank Cawangan USJ, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. 


Larikan wang tunai 

Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. 


Dalam usaha memburu suspek, setakat ini polis menahan tiga individu termasuk isterinya pada hari kejadian kerana dipercayai turut bersubahat dan menemui wang tunai RM30,000. 




Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut mengesahkan suspek terbabit menggunakan MyKad palsu berdasarkan nombor dokumen itu tidak wujud dalam sistem maklumat jabatan itu.





Credit: Nor Fazlina Abdul Rahim/BH

Monday, 28 October 2013

500 budak mati ditembak di AS

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Hampir 500 kematian kanak-kanak dicatatkan akibat ditembak dan lebih 7,500 cedera parah setiap tahun di Amerika Syarikat (AS).

Menurut kajian Akademi Persidangan Kebangsaan Pediatrik di Orlando, kemasukan kanak-kanak ke hospital kerana tembakan meningkat lebih 80 peratus daripada 4,270 kepada 7,730 pada 1997 hingga 2009, manakala jumlah kematian meningkat kepada 503 daripada 317 kes.

Ketua Penyelidik, Dr Arin L Madenci berkata, kes tembakan melibatkan kanak-kanak makin meningkat sejak sedekad lalu.

"Negeri yang mempunyai peratusan pemilikan senjata api untuk isi rumah cenderung menyebabkan kejadian ini berlaku,"katanya.

Berdasarkan laporan kerajaan, dipetik dari Press TV kadar jenayah di negara itu juga naik 15 peratus tahun lalu.

Lelaki paling tinggi di dunia temu jodoh

Lelaki paling tinggi di dunia temu jodoh
MARDIN - TURKI. Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen, 30, memiliki ketinggian 244 sentimeter (sm) akhirnya menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Merve Dibo, 20, di Turki.

Dengan perbezaan ketinggian 61 sm, Sultan yang juga seorang petani tetap meraikan hari bahagianya dengan meriah bersama keluarga dan peminatnya.

Beliau berkata, selama ini keadaan fizikalnya menjadi penghalang untuk mencari teman wanita.

"Walaupun isteri tidak mempunyai saiz sama, tetapi saya gembira kerana akhirnya mempunyai keluarga sendiri," katanya.

Sultan memakai kasut saiz 28, mempunyai kaki dan tangan sepanjang 36.5 sm dan 27.5 sm.

Laporan dipetik dari Daily Mail, dia menghidap penyakit yang jarang berlaku dipanggil pituitary gigantism yang menyebabkan tubuh badan terus menghasilkan hormon pertumbuhan.

PERJUANGAN INI....

Photo: Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .. salam ukhwah shbt FB..

Daripada Tsaubah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda; Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu ?" Nabi S.A.W menjawab," Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "WAHAN".

Seorang sahabat bertanya "Apakah WAHAN itu hai Rasulullah ?" Nabi S.A.W menjawab " Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis riwayat Abu Daud).

Wahai sahabatku,

Ke mana kita menyeru manusia? Ke mana kita menyeru diri kita? Bagaimana kita menyeru kedua-duanya?

Adakah kita faham apa yang kita bawa? Adakah kita jelas dengan matlamat kita? Adakah metode kita benar-benar serupa atau yang paling hampir serupa dengan Al-Quran dan Sunnah, serta sirah Nabawiyah?

Atau kita hanya menjadi golongan yang hanya taklid, dan tidak memahami? Atau kita hanya menjadi golongan yang tidak jelas matlamatnya? Atau kita hanya menjadi golongan yang hanya akan menuruti golongan tertentu, tanpa mengetahui kondisi sebenar?

Kalau jawapan kesemua perenggan satu itu TIDAK, dan kesemua perenggan dua itu YA...silalah mengkaji lebih...kerana itu adalah faktor crucial dalam perjalanan ini...

Kita boleh sama-sama mengkaji...kerana diri ini masih belajar.

Saya hanya ada satu statement tentang ini... Meskipn saya masih lemah, kerdil, dan selalu melakukan kesalahan, tetapi...SAYA YAKIN DENGAN JALAN INI!

Allahu Ghayatuna Ar-Rasulu Qudwatuna Al-Quranu Dusturuna Al-Jihadu Sabiluna Al-Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina

Yakin tidak bermakna mampu untuk capai...kerana ia tidak mudah... Ya, tidak mudah!

Jadi, insya-Allah...doakan kita sama-sama tsabat...

Mengejar sesuatu yang hakiki...dan menuruti apa yang benar, kerana kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun!

Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di tanah airmu - Hassan al-Hudaybi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Ke-2 1949–1973)

Inilah saya, anda pula siapa?

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
[Muhammad,47:7]




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .. salam ukhwah sahabat Maya...

Daripada Tsaubah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda; Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu ?" Nabi S.A.W menjawab," Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit "WAHAN".

Seorang sahabat bertanya "Apakah WAHAN itu hai Rasulullah ?" Nabi S.A.W menjawab " Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(Hadis riwayat Abu Daud).

Wahai sahabatku,

Ke mana kita menyeru manusia? Ke mana kita menyeru diri kita? Bagaimana kita menyeru kedua-duanya?

Adakah kita faham apa yang kita bawa? Adakah kita jelas dengan matlamat kita? Adakah metode kita benar-benar serupa atau yang paling hampir serupa dengan Al-Quran dan Sunnah, serta sirah Nabawiyah?

Atau kita hanya menjadi golongan yang hanya taklid, dan tidak memahami? Atau kita hanya menjadi golongan yang tidak jelas matlamatnya? Atau kita hanya menjadi golongan yang hanya akan menuruti golongan tertentu, tanpa mengetahui kondisi sebenar?

Kalau jawapan kesemua perenggan satu itu TIDAK, dan kesemua perenggan dua itu YA...silalah mengkaji lebih...kerana itu adalah faktor crucial dalam perjalanan ini...

Kita boleh sama-sama mengkaji...kerana diri ini masih belajar.

Saya hanya ada satu statement tentang ini... Meskipun saya masih lemah, kerdil, dan selalu melakukan kesalahan, tetapi...SAYA YAKIN DENGAN JALAN INI!

Allahu Ghayatuna Ar-Rasulu Qudwatuna Al-Quranu Dusturuna Al-Jihadu Sabiluna Al-Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina

Yakin tidak bermakna mampu untuk capai...kerana ia tidak mudah... Ya, tidak mudah!

Jadi, insya-Allah...doakan kita sama-sama tsabat...

Mengejar sesuatu yang hakiki...dan menuruti apa yang benar, kerana kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun!

Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di tanah airmu - Hassan al-Hudaybi (Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Ke-2 1949–1973)

Inilah saya, anda pula siapa?

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[Muhammad,47:7]


Credit: Zarul Khalifah

Pelajar perempuan hilang sebelum ke sekolah

GAMBAR Fatin Afifah Mohd. Fadzli (kanan) bersama ibunya, Zarina Mohd Noor. Fatin Afifah dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah ketika berhenti untuk membuang air di Masjid Al Rahman, Sungai Petani, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 28 Okt. - Seorang pelajar perempuan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah semasa berhenti membuang air di tandas Masjid Ar-Rahman di sini semalam.

Fatin Afifah Mohd. Fadzli, 16, sebelum itu membonceng motosikal ditunggang abangnya, Mohd. Amirul Mukhlis, 17, untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, kira-kira pukul 7.15 pagi semalam.

Ibunya, Zarina Mohd. Noor, 39, berkata, bagaimanapun anak lelakinya itu singgah di tandas masjid itu yang terletak berhadapan dengan sekolah kerana Fatin Afifah ingin ke tandas.

"Anak lelaki saya kemudian meletakkan motosikalnya di kawasan masjid dan segera ke sekolah kerana itu kebiasaannya. Dia juga tidak menyedari sama ada Fatin ikut sama masuk ke sekolah selepas itu.

Photo: Salam sahabat semua... anak kwn saya Fatin Afiffah pelajar tingkatan 4 di laporkan hilang dlm perjalanan ke Sekolah Men Khir Johari Sg petani pd Ahad 27 Okt 2013... Pohon kpd semua supaya dapat share kan gbr dan 
posting ini supaya dapat di lihat oleh semua rakyat Malaysia bahawa sesiapa shj bersama pelajar ini mungkin akan berhadapan dgn tuduhan menculik.. dan kpd semua yg mengenali pelajar ini dan mengetahui dimana beliau berada sila pm ke inbox saya dan segala maklumat akan di rahsiakan... pohon share dan tag seramai mungkin....tq

Fakhri Ahmad

sesiapa ada maklumat terus PM Fakhri Ahmad https://www.facebook.com/fakhri.ahmad.92


"Bagaimanapun selepas pukul 8 pagi abangnya mendapati Fatin tiada dalam kelas di sekolah, malah tidak pulang ke rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Paya Nahu petang semalam," katanya ketika ditemui hari ini.

Zarina berkata, dia dan suami mencari Fatin Afifah di merata tempat namun tidak menemuinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani pukul 5 petang semalam.

"Saya bimbang keselamatan anak saya. Tiada masalah berlaku sehingga menjadi punca dia hilang, malah saya sekeluarga sentiasa mengawasi pergerakan dan pergaulan Fatin selama ini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana Fatin Afifah berada diminta segera menghubungi Zarina di talian 017-5847659.

Beckham hampir ajal

Los Angeles: Bekas bintang Manchester United, David Beckham dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya merempuh kereta lain ketika keluar dari rumah di Beverly Hills,
Media melaporkan, pemain bola sepak yang pernah menjadi kapten skuad England itu menaiki Range Rover Sport hitam miliknya bersama seorang yang lain - dipercayai anaknya, Brooklyn, 14, yang duduk di bangku depan.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.30 petang kelmarin. 

Saksi berkata, Beckham, 38, baru saja keluar dari kawasan rumahnya sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang lalu di situ.
Foto
KERETA Beckham (kiri) yang rosak pada bahagian depan selepas melanggar sebuah kereta pacuan empat roda ketika keluar dari rumahnya.

Menurut saksi, kenderaan itu dipandu seorang wanita.

Seorang daripada saksi berkata, Beckham masuk semula ke laluan rumahnya dan menunggu di situ beberapa ketika sebelum polis tiba.

“Dia kemudian disoal siasat pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan,” katanya. 

Selepas siasatan dijalankan, polis meninggalkan rumah Beckham dan menemu bual saksi pula untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Kerosakan dapat dilihat dengan jelas pada kereta pacuan empat roda Acura putih milik wanita terbabit.

Di samping itu, kenderaan Beckham juga kelihatan mengalami kerosakan pada bahagian bamparnya.

Beckham membeli kereta itu pada 2010 dan dianggarkan bernilai antara AS$60,500 (RM190,489) dan AS$76,200 (RM239,922).

Ia bukanlah kemalangan pertama dialami Beckham bersama Brooklyn.

Pada 2011 pasangan itu terselamat selepas kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan membabitkan beberapa kenderaan lain di laluan paling sibuk di Los Angeles.- Agensi

Lelaki 90 tahun dipaksa kahwin

  • Image Credit: Sabq
  • Fatees Al Thaqafi


Riyadh: Seorang lelaki berusia 90 tahun terpaksa melangsungkan perkahwinan sekali lagi selepas didesak oleh anaknya supaya dia memenuhi wasiat ibu mereka.
Isteri barunya yang berusia 53 tahun dipilih oleh lima anak perempuan Fatees Al Thaqafi yang menghabiskan masa tiga bulan mencari wanita paling sesuai untuk menjadi pasangan bapa mereka, lapor akhbar Sabq, semalam. 
Kelima-lima anaknya tidak mahu mencari wanita lebih muda, sebaliknya memilih wanita separu umur dan matang bagi menjaga bapa mereka. 

Mereka akhirnya menemui balu tanpa anak yang menerima lamaran untuk berkahwin dengan bapa mereka.

Lelaki berkenaan membayar wang hantaran sebanyak SR25,000 (RM21,000) sebelum mereka diijab kabulkan.

Fatees mulanya enggan berkahwin selepas isterinya meninggal dunia awal tahun ini berikutan sakit yang berpanjangan. 

Pasangan berkenaan mempunyai tujuh anak lelaki dan lima perempuan. 

Ketika sakit, isterinya mendesak Fatees supaya berkawhin sekali lagi tetapi dia menolak, sebaliknya memilih untuk menjaganya. 

90-year-old Saudi man remarries to fullfill deceased wife\'s wish
Ramai anggota keluarga dan sahabat handai menghadiri majlis perkahwinan berkenaan di Taif, kelmarin. 

“Majlis berkenaan berjalan lancar dan suasana amat meriah sekali. 

“Perasaan gembira bercampur dengan pilu. Gembira kerana bapa kami akhirnya ada teman, pilu kerana mengenangkan arwah ibu,” kata Abdullah, anak sulung Fatees.- Agensi

Mayat mangsa banjir lumpur ditemui

KUANTAN - Mangsa keempat yang hilang dalam tragedi banjir kilat akibat pelepasan air empangan di Cameron Highlands pada pukul 1 pagi 23 Oktober lalu dijumpai hari ini.
Mayat wanita warganegara Indonesia, Jarwati, 24, di jumpai dalam timbunan kayu dan sampah sarap di sebuah kebun bunga di tepi Sungai Bertam, Ringlet.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, mayat dijumpai pada pukul 12.30 tengah hari oleh pemilik kebun berkenaan.
Ujar beliau, lokasi mayat wanita itu dijumpai terletak kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang semasa kejadian banjir kilat tersebut.
“Pemilik kebun bunga berumur 50-an tersebut menjumpai mayat wanita berkenaan semasa membersihkan kawasan kebun.
“Selepas dijumpai, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Sunday, 27 October 2013

Facebook sumber baharu berita

WASHINGTON 27 Okt. - Facebook kini menjadi sumber berita penting kepada pengguna rangkaian media sosial itu, meskipun kebanyakan pengguna terbaca artikel berbentuk laporan berita secara tidak sengaja.

Pusat Penyelidikan Pew yang bekerjasama dengan Yayasan Knight mendapati, 64 peratus golongan dewasa di Amerika Syarikat (AS) menggunakan Facebook dengan separuh daripadanya memperolehi berita daripada media sosial itu.

Menurut Pew, ini menunjukkan 'pengguna berita Facebook' ialah 30 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat AS.

Namun, tinjauan itu mendapati, 78 peratus daripada kumpulan tersebut kebanyakannya memperolehi berita ketika melayari Facebook untuk tujuan lain seperti memeriksa gambar yang dikongsi oleh rakan.

"Orang ramai melayari Facebook untuk berkongsi peristiwa peribadi dan kemudiannya menemui berita secara tidak sengaja.

"Bagaimanapun, laman Facebook yang tidak boleh dipisahkan dengan berita akan meningkatkan kepentingan laman tersebut sebagai sumber berita dan maklumat," kata Pengarah bagi Penyelidikan Kewartawanan Pew, Amy Mitchell.

Kira-kira 38 peratus pengguna berita Fecebook turut menyifatkan media sosial itu sebagai penting untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Kajian turut mendapati, Facebook menyalurkan berita baharu kepada orang ramai melalui perkongsian pautan daripada rakan.

Tinjauan itu melibatkan 5,173 pengguna di AS, termasuk 3,268 orang dari 21 Ogos hingga 2 September lalu. - AFP

Ketua Staf Angkatan Darat TNI terima Beret Merun ATM


Jeneral Budiman

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Ketua Staf Angkatan Darat (Kasad) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Budiman menerima penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.

Penganugerahan tersebut disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Jalaludin Md. Yusof yang disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Dataran Kementerian Pertahanan di sini.

Selepas itu, Budiman membuat kunjungan hormat ke Pejabat Panglima Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera dan Menteri Pertahanan.

Tiga isteri 1 bisnes

Johor Bahru: “Kedua-dua cawangan gerai asam pedas diberi nama Gerai Asam Pedas Madu Tiga, hasil idea isteri pertama yang merasakan nama itu unik, menggambarkan kehidupan saya bersama tiga isteri.
“Alhamdulillah, bukan saja kehidupan bersama tiga isteri dan 11 anak bahagia, malah kehidupan kami kini semakin stabil berkat perniagaan yang dijalankan,” kata Nor Yunos Gareng, 67. 
Beliau berkata, dia menjalankan perniagaan asam pedas sejak enam tahun lalu bermula dengan gerai pertama di Pekan Nenas, Pontian yang kini diuruskan isteri kedua Trisunarti Ningsih, 53, dan ketiga Mursita Herman, 40. 

Gerai asam pedas kedua di Kulaijaya yang dibuka pada empat tahun lalu pula diuruskan isteri pertama Sarah Sirat, 64.
Foto
NOR Yunos (kiri) bersama Sarah (dua dari kiri) dan anak serta kakitangannya.

“Sejak kecil saya kerap ke dapur membantu ibu memasak dan daripada situ saya mempelajari pelbagai resipi masakan.


 Credit: Siti Nadirah Hafidzin dan Redzuan Muharam

Saturday, 26 October 2013

Rahsia penduduk Mekah berumur panjang?

Kota suci Mekah tidak pernah sepi daripada menerima kehadiran tetamu Allah. Sama 
ada atas urusan menunaikan ibadat haji mahupun umrah.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia. (al-Ma'idah: 97)
Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah adalah merupakan pusat kepada planet bumi.

Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu.



Antara kalam-kalam Allah SWT mengenai Mekah sebagai pusat bumi adalah firman yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7)




Perkataan Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih daripada itu kata ummul (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber daripada keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.



Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33)



Perkataan aqthar adalah bentuk jamak daripada perkataan qutr yang bererti diameter dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.




Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat Kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai orang Mekah, wahai orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit."

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah seharunya dijadikan rujukan waktu dunia. Bukannya Greenwich yang sekian lama menjadi rujukan umum. (Mekah sebagai pusat bumi, Dr. Mohamad Daudah).



Suka ditegaskan akan pengakuan yang dibuat oleh Neil Armstrong bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet bumi. Sedangkan al-Quran sejak 1,400 tahun lalu telah membicarakan mengenai kota Mekah dan Kaabah adalah sebagai pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Armstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet bumi, dia berkata: "Planet bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?"
Fakta ini telah diteliti melalui suatu penelitian ilmiah.



Para angkasawan telah menemui bahawa planet bumi mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkan di Internet tetapi sayangnya 21 hari kemudian, laman sesawang tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan tersebut.



Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah dan tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir).



Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berterusan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



Di tengah-tengah antara kutub Utara dan kutub Selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua-dua kutub.



"Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi (tawaf) di Kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah."



Penelitian lainnya ialah Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di England, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam (rujuk Jami' at-Tirmizi al-Hajj).
Begitu juga hadis yang bermaksud: "Hajar Aswad dari batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari syurga selain batu itu." (riwayat Tabarani)



 Credit: IBRAHIM ABDULLAH