Google+ Followers

Tuesday, 3 January 2012

SOP pengurusan aduan pelajar diedar



04/01/2012 10:14am

KUCHING - Jabatan Pelajaran Negeri hari ini mengedarkan surat pekeliling terkini mengenai prosedur operasi standard (SOP).
Ia bertujuan memantapkan lagi pengurusan disiplin murid termasuk salah laku pelajar.
Pengarahnya, Abdillah Adam berkata, langkah itu diharap dapat memastikan keselamatan pelajar ketika di sekolah terjamin.
Selain itu, beliau berkata, Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan 25,514 jawatan guru sekolah rendah dan prasekolah serta 14,180 jawatan untuk peringkat sekolah menengah harian dan bestari di negeri ini bagi 2012.
Sementara itu, beliau juga berkata, seramai 44,682 murid sekolah rendah memulakan sesi persekolahan Tahun Satu hari ini, membabitkan 1,264 sekolah.
“Bagi peringkat sekolah menengah pula, dianggar 216,694 pelajar memulakan sesi persekolahan mereka,’ ujar beliau.
Katanya, untuk sesi persekolahan kali ini, Sarawak merekodkan 192,668 murid sekolah kebangsaan dan 71,106 murid sekolah jenis kebangsaan Cina. - BERNAMA