Google+ Followers

Sunday, 8 January 2012

Rakyat Malaysia mati terlebih ambil ubat kuat di Jakarta


2012/01/08

JAKARTA: Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di sini pagi ini dan polis percaya beliau mati akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks). 

Difahamkan mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai pada kira-kira 5 pagi. Beliau berasal dari Selangor.
Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat.
Polis sudah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini. 


Credit to: BERNAMA