Thursday 5 January 2012

Tahun baru, sekolah baru dan segalanya baru...


    

Alhamdulillah...berakhir sudah sessi pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama persekolahan ini. Bagaimanapun minggu ini hanya tiga hari sahaja hari persekolahan yang dipenuhi dengan program orientasi. Pelbagai ragam murid baru demikian juga pelajar sedia ada...Ada yang menangis pagi, ada yang ceria bertemu kawan dan ada juga yang lebih suka menyendiri...Selaku Guru Besar yang baru ditugaskan di sekolah yang baru..yang segalanya masih baru...Saya lebih banyak memerhatikan dahulu suasana sekolah, murid bahkan staf dan guru-guru yang saya anggap rakan kongsi didalam usaha memartabatkan organisasi dan sekaligus membentuk anak bangsa kearah lebih maju dan sedia untuk bersaing didunia yang kian kompak dan komplek...Apa pun, segalanya telah tersedia dan harus jua ditempuhi.....

No comments:

Post a Comment