Google+ Followers

Thursday, 5 January 2012

Harimau zoo sambar kepala budak....Macam-macam


Siberischer tiger de edit02.jpg

MOSCOW: Kegembiraan satu keluarga mengunjungi zoo bergerak di Blagoveshchensk, timur Russia bertukar tragedi yang hampir menyebabkan kematian apabila seorang daripada mereka diserang harimau, semalam.

Hanya dikenali sebagai Timofei, budak berusia tiga tahun itu sedang berdiri berhampiran pagar sementara yang menempatkan harimau Amur - spesies hidupan liar yang jarang ditemui.

Ketika Timofei bersedia dirakamkan gambar oleh ibu bapanya, harimau itu menjangkau kepala mangsa menyebabkan berlaku kekecohan.
Saksi berkata, seorang pekerja zoo berjaya memukul haiwan liar itu dengan kayu sebelum ia melepaskan kepala Timofei.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kritikal selama dua jam Doktor berkata, Timofei mengalami kecederaan parah pada kepala dan otak

Credit to:HMetro