Kawan, teman atau sahabat atau apa juga nama sebutannya...Tetapi yang penting ketahuilah dengan siapa kita berkawan. Siapa kawan kita. Kerana untuk mengetahui siapa seseorang itu..lihatlah kawannya. Berkawan dengan ulama - Mendapat limpahan ilmu..Berkawan dengan orang miskin - Mendapat keinsafan..Berkawan dengan saudagar minyak wangi akan dapat juga menghidu bau harum dari barang dagangannya.....
Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.
No comments:
Post a Comment